Robert Kuok pembeli kapal bersalut emas RM13 bilion !

Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok.

Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.

Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya. -KOSMO

2 comments:

Anonymous said...

APA NAK HERAN DIA KAYA KITA YG BYR DUIT BELI BOT , KOK NAIKAN HARGA GULA BOLIH BELI BOT 15B
HOI ORG KAYA BONGOK PADA KAU MENAYANG BOT HARGA 13B BAIK KAU TURUNKAN HARGA GULA
BINATANG KAYA BEROK2 NILAH YG BUAT
POPULARITY BN TUMBANG ,
AKU DULU JUMPA MENTRI ADA LC EVERY SHIPMENT CAN MAKE USD1M PON TAK MAU TOLONG
SEMUA BANK JUMPA SEMUA BODOH
UNDANG2 DIMALAYSIA MENGAJAR RAKYAT MENIPU - AM NOT FROM OPPOSITION GROUP DAN KITA SAMPAI MATI UMNO KITA USHA SENDIRI
TAPI BANK DIMALAYSIA KIRA UNTUNG TAKMAU RUGI
JIKA CEO BNK KOK BCA ,,,HAI HELL U GO

Anonymous said...

Hah takde siapa pula yang bising ni, cincin RM24juta pun rioh sekampung!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...