Ujian Demi Ujian. Lepas Kematian Dr Lo' Lo', Pok Nik Masuk Wad, Kini Giliran Tuan Ibrahim

Entry ini sebagai tanda simpati AS terhadap ujian dari Allah ke atas kepimpinan utama PAS kebelakangan ini. Selepas dikejutkan dengan pemergian MP Titiwangsa, Nik Aziz yang baru pulang dari Uzbekistan turut dimasukkan ke wad kerana mengalami sakit dalam perut.

Terkini, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim juga dimasukkan ke dalam wad setelah disyaki suspek denggi. sebagai saudara semuslim, AS doakan agar beliau cepat sembuh.

Sakit itu kifarah dosa buat hambanya. Ada mesej yang ingin disampaikan melalui sakit itu dan sakit mengajar kita supaya bersifat qanaah.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, direhatkan di Hospital Jengka, setelah disyaki suspek denggi. Beliau pada mulanya ke hospital berkenaan kira-kira jam 7 malam untuk pemeriksaan darah, kemudian ditahan masuk wad.

Pada sebelah siangnya, beliau masih sempat menyertai program Ijtimak Pilihan Raya PAS Kuala Krau di Kerdau.

Bagaimanapun ketika menziarahi beliau pada sebelah malam, Ustaz Tuan yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kelihatan tetap ceria melayan beberapa orang yang menziarahi.

"Ana dah lima hari demam dan biasanya badan panas bermula jam 5 petang. Tetapi ada masanya kebah semula selepas makan ubat," katanya.

Tambahnya, beliau pada mulanya hanya menganggap demam biasa kerana kepenatan akibat tugas yang berlanjutan tanpa rehat.

7 comments:

Anonymous said...

Tuan Ibrahim kena denggi? haa tuuu lah sokong bersih. patutnya kita kena bersihkan dalam dan luar rumah kita dari tempat-tempat yang boleh menakongi air supaya nyamoh aedes tak boleh membiak. Ni kempen bersih tapi kotor dah kena demam denggi..silap-silap KO nanti, mujur le ada Hospital Kerajaan.

Anonymous said...

Berehat lerr...lagi pun Dah lamaa..daahhh !....Tun M kata Dah lamaa daahh !.

ARIFF said...

AKU INGAT NUAR ALJUBURI DUDUK SEBELAH DGN DAP,,,POK NIK,,,HJ AWANG

Anonymous said...

musabah dirilah... dekatkan diri kepada allah. parti pas itu bukan ugama cuma parti politik yang memperalatkan ugama,guna ayat-ayat quran dalam isu-isu kepentingan politik bagi menguatkan hujjah. lah ni dap pun dah ikut sama mempersendakan alquran dan hadis, ambil ayat-ayat untuk mengukuhkan hujah mereka. sakit tu baru warning untuk bertaubat sebelum terlambat. janganlah ingat perjuangan kita itu benar dan diredhai allah kerana selama ini Pas tak pernah berjaya dalam perjuangan tetapi semakin sesat. tapi dakwah politik ugama yang menyesatkan ahli tanggunglah dosanya bersama. kalau seorang yang mahu berfikir mungkin sedar, sakit sakit pergi hospital yang nama kerajaan juga dan kerajaan itu didokongi oleh UMNO yang menjaga kepentingan melayu yang ditakdirkan oleh tuhan memerintah negara ini.

hangkedee said...

Haram masuk hospital kerajaan duit rasuah Apco...kebanyakan ubat di import dari Israel

Anonymous said...

HAHAHAHAHA

berehat kat HOSPITAL KERAJAAN... SBB NAK JIMAT DUIT SENDIRI..

HAHAHAHAHA

Anonymous said...

semoga Allah terus menurunkan bala kpd musuh nya ..pempimpin2 dan penyokong2 PAS yg munafik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...