Zambry kadir Memang Kejam!

Edisi Reverse Psychology Untuk Puak Pakatan Haram. Lihatlah, DS Zambry seorang MB yang begitu prihatin kepada nasib peniaga-peniaga. Beliau sanggup mengorbankan anggaran hasil kepada PBT sebanyak RM800,000 demi untuk memudahkan rakyat berniaga.

Perkara-perkara sebeginilah yang ramai penjaja-penjaja kecil impikan. Sekurang-kurangnya beban mereka untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan perniagaan di bulan Ramadhan tiada lagi.

Keputusan kerajaan prihatin ini membantu mereka dapat mengoptimumkan keuntungan mereka dan seterusnya mengurangkan harga makanan yang dijual.


Syabas Perak. teruskan usahamu untuk meringankan beban rakyat!
Perak mansuh lesen Bazar Ramadan

IPOH - Sempena Ramadan tidak lama lagi, Kerajaan Negeri memberi pengecualian lesen kepada golongan peniaga di Bazar Ramadan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pengecualian itu dibuat bagi memberi kemudahan selain menggalakkan umat Islam menjalankan pelbagai jenis perniagaan di Bazar Ramadan sempena bulan mulia itu.

Menurutnya, pengecualian berkenaan juga melibatkan jumlah pendapatan keseluruhan bagi semua 15 Majlis Daerah serta Majlis Perbandaran di seluruh negeri berjumlah RM804,503.

“Kita bakal kehilangan lebih RM800,000. Bagaimanapun, ianya berita gembira untuk golongan peniaga khususnya peniaga Islam kerana mereka boleh menjalankan perniagaan.

“Di peringkat majlis, perkara ini satu amalan mulia sempena menyambut ketibaan Ramadan,” katanya kepada pemberita.

1 comment:

Dot said...

dasat mb perak ni! hilang pendapatan 15 majlis daerah utk sebulan!! tak dak duit rayala jawabnya!!!

tahniah & selamat berniaga kpd peniaga2 bazaar ramadhan di perak. dah dapat peluang tu reti2 la berterima kasih pd mb sikit! jgn pulak nak angkuh kata pembangkang pula yg prihatin!!

amcam? negeri pemerintahan Isle toksey buat lagu tu getek ko?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...