Ada Yang Tak kena! Kenapa Orang Muslim Cari Bantuan Di Gereja?

Isu panas la ni berkaitan muslim yang pergi ke gereja untuk mendapatkan bantuan perlu kita pandang serius! Bukan main-main! Patutnya kita kena rasa malu. Negara yang majoriti penduduk Islam tapi hal-hal sebegini pun tak boleh diselesaikan. Semuanya asyik nak berpolitik saja 24 jam, tapi hal-hal sebegini selalu kita terlepas pandang!

Kita nak salahkan sapa? Salah diri sendiri la kenapa jadi macam begitu.Kenapa lemah iman?Nak salahkan tok imam? Nak salahkan mufti negeri? Nak salahkan MB atau raja-raja?
Kenapa ada insan terdorong pergi aktiviti macam tu? Sebab duit, dan duit boleh digunakan untuk membeli iman.

Apa pun hakikatnya Jabatan Agama yang uruskan pengagihan wang zakat perlu diperbetulkan.Susah sangat sebenarnya orang Islam nak minta bantuan zakat.Prosedur banyak sangat.Lepas tu kena tengok pegawai yang luluskan.Kalau hati dia kata tak nak bagi dia tak bagi la, hatta Rm100 sebulan sekalipun.

Lagi satu org melayu ramai juga yang menipu.Konon miskin tapi malas kerja.Nak minta bantuan nak hidup free. Jenis ni pun ramai.

Tapi bagi AS, apapun daripada dok salah orang tu salah orang ni,
benda dah pun terjadi dan tak mustahil akan berterusan berlaku kejadian sebegini tanpa kita sedari. Pihak berkaitan samada JAKIM, Pengurusan Zakat harus duk semeja untuk membincangkan permaslahan ini dan bagaimana mereka boleh memainkan peranan bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi.

Apa yang Hassan Ali buat tu adalah perjuangan Islam yang tulen yg tak takut kepada tekanan politik dan takut hilang undi.Jenuhla dua Khalid nak berhadapan dengan Theresa Kok dan Father Lim Guan Eng untuk melutut memohon ampun kerna takutkan ikatan politik dan persepsi rakyat non muslim menjadi negatif.

6 comments:

Anonymous said...

Kamu menyamar pakai huduh2 pi Pejabat kat Sg Buluh. Ada perempuan kat situ, bila nak tanya2 dia cakap macam cakap kat kucing.

Saya pernah bawa seorang pelajar, anak yatim Piatu, ayah baru saja meninggal.. terpaksa ambil alih adik2 lain yang sedang bersekolah.

Pi Syah Alam, suruh pi Sg Buluh..jadi emergency, duk guna bahagian wang study loan.

Last2, rasa begitu terhina, tapi memang terdesak, pagi bangun pukul 2, masak nasi lemak (rakan2 kolej turut bantu), bungkus dan hantar jual kat kedai2 tepi jalan. Bulan Ramadan macam ni, buka gerai Ramadan, rakan2 kolej juga tolong sama tolong, jual nasi ayam dan air..

Dekat berapa bulan ler.. sementara nak urus dokumen itu ini, nak membolehkan dia keluarkan simpanan atas nama Arwah bapa dia.

Kampung kat Pahang, anak saya tolong dia ke hulu ke hilir cari dokumen yang perlu.. Wang takder, harap bantuan rakan2 pelajar.

Jabatan yang ada tu, yang bertugas macam HARIMAU..

Anonymous said...

Maaf di bulan Ramadhan. Bila saya baca PKR dan PAS dengan issue Murtad ni, saya rasa ramai terhutang budi dgn DAP dan Kristian sebab tu PKR dan PAS tak dapat ambil tindakan.
Bukan semua PAS dan PKR tapi pemimpin2 mereka yang mungkin hutang banyak dan ingin hidup mewah termakan duit2 Krisrian melalui DAP. Kami ahli masjid (rahsia masjid mana) nak buat selidek hal ni sbb kami rasa ni dah melampaui murtadkan org Muslim.
Kalau perlu kita adakan demonstrasi besar2an supaya Khalid Ibrahim letak jawatan dgn serta merta sbb termakan duit haram hingga sanggup guna duit zakat org Islam yg masih miskin nak agihkan ke KAFIR. This is serious matter dan semua umat Islam rela mati pertahankan agama dan mati sahid.

Anonymous said...

yang nyata pejabat agama atau pemegang amanah adalah gagal dalam menagihkan pendapatan zakat yang bernilai beratus juta setiap tahun.

sebenarnya dengan wang tersebut boleh dibina rumah flet untuk golongan yang kurang kemampuan, agar pendapatan mereka boleh digunakan untuk membeli makanan, pelajaran dan tambang bekerja.

selain itu boleh diwujudkan pusat penjagaan Orang-orang tua, anak-anak dan pusat kesihatan untuk pesakit kronik seperti AIDS, Buah pinggang rosak, dan ini boleh memberi pekerjaan bagi yang kurang kemampuan.

kalau belanja 100juta berapa banyak bangunan boleh dibuat setiap tahun dan tahun lain buat di daerah lain.

Anonymous said...

Khalid Samad bukan saja sokong gereja, tetapi penyokong kuil Hindu dikawasan majoriti penduduk Islam. Apa yang dia buat kepada penduduk di Seksyen 19 dan di Seksyen 23 telah menyinggung penduduk kedua Seksyen ini. Sebab dia sokong Hindu dia batalkan pemindahan kuil yang diluluskan BN ke Seksyen 22 Dis 2007. Selepas PR berkuasa aktiviti kuil menjadi2 ganggu ketenteraman penduduk Islam. Penduduk desak kuil pindah. Kawasan baru PR pilih dekat kawasan penduduk Islam Seksyen 23. Bantahan penduduk bawa kepala lembu bantah kuil jadi kecuh satu dunia konon hina agama Hindu. Kenapa pemimpin PR tidak peduli bila Hindu kuil Seksyen 19 buat perarakan bergendang bawa patung besar depan rumah penduduk Islam jam 1 pg 26/7/2008?. MB buat kenyataan kesal dengan demo kepala lembu depan SUK pada Ogos 2009. Tetapi bila Hindu kuil ganggu ketenteraman penduduk Islam kenapa tidak ada tindakan segera untuk pindahkan kuil dari Seksyen 19?. Wakil Rakyat sudah berjanji untuk pindahkan kuil haram itu tetapi sampai hari ini kuil di tapak itu juga.

Anonymous said...

Pengalaman sewaktu berurusan dengan baitulmal wp..dilayan sepeti anjing kurap.Tak pernag lupa cara layanan budak lelaki gemuk tu...

SiamangBukit said...

Kalu saya jadi MP akan saya tukar pekerja2 di Baitumal yang kurang sensitif kepada mereka yang datang minta bantuan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...