Bagi AS, Mark Zuckerberg dah reka FB ni secara percuma untuk diguna ke arah kebaikan.
Sudah banyak kita dengar kesan dan hal-hal negatif akibat dari penggunaan laman sosial facebook ini.
Kita sedia maklum, yang mana FB kadangkala digunakan secara tak terkawal dengan menjadikan FB sebagai ruang mengutuk, menghina dan menghasut yang mampu membawa hingga ke tahap ketidakstabilan keharmonian antara kaum serta kedaulatan Negara/Pemerintah Negara dengan sewenang-wenangnya dipersenda.
Dalam hal ni, kedua-dua pihak kita boleh salahkan. Yang si mati pun mengutuk secara umum terhadap keluarga wanita terbabit dan yang si pembunuh tu pun tak tahan sabar/terlalu mengikut amarah untuk 'mengajar' lelaki terbabit.
Malangnya kemarahan mereka tak dapat dibendung lagi sehingga akibatkan kematian.
Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.
Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.
Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahuntidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka.-metro
3 comments:
bila kemarahan menguasai diri..kita jadi lupa dan hilang kawalan..berfikir sebelum bertindak...walaupun maruah bukan murah nilainya bila dipersendakan org lain,tp ingat..kita ada akal utk mengawal kata hati..pengajaran buat semua
Nak tahu ... pasti ke org yg tulis dlm FB tu ... org yg sama kena pukul.
Salam..Mohd Amran Romli,20(mangsa),tidak pernah mengutuk sesiapa di laman facebook..telah berlaku salah faham antara 2 pihak..arwah seorang yang baik hati dan bertanggungjawab..arwah telah menceritakan semuanya kepada saya sebelum dia meninggal..dia tidak bersalah..dan minta saya perbetulkan keadaan dan minta namanya di bersihkan atas tuduhan ini..dia di aniaya oleh seseorang dan telah mengakibatkan kematiannya..tiada sebarang bukti langsung bahawa dia bersalah atas tuduhan mengutuk itu..harap semua pihak berhenti menyalahkannya atas kejadian ini..Allah Maha Mengetahui..Allah selamatkan orang yang di aniaya..Harap maklum..terima kasih..al fatihah buat arwah..
Post a Comment