Kegiatan Perjudian Di Pulau Pinang Makin Sakan Di bawah Pemerintahan DAPig! Ini buktinya!

Tahniah AS ucapkan kepada pihak PDRM yang bekerja keras bagi mematahkan sindiket perjudian internet di P.Pinang. Ini yang dapat dikesan, yang masih bergerak secara haram, AS yakin jumlahnya masih besar.

Kegiatan perjudian sememangnya semakin bermaharajalela semenjak P.Pinang dipegang oleh Kerajaan DAPig. Kalau nak harapkan PBT kuatkuasakan benteras sindiket ini, usahlah kita harap. Mereka hanya tutup mata diatas segala salahlaku ini walhal tugas ini sebenarnya adalah tugas PBT bukannya Polis.

Buktinya, semakin banyak kafe siber yang beroperasi melebihi had masa yang dibenarkan tanpa dikenakan sebarang tindakan dari pihak PBT. Sungguh berbeza sekali semasa zaman pemerintahan BN dahulu yang manaa peraturan ini dikuatkuasakan dan dipatuhi oleh para pengusaha kafe siber.
Kalau nak bukti, datang ke kawasan Nibong Tebal cukuplah, AS boleh tunjukkan satu persatu.

Ada yang mengabui mata pihak berkuasa berselindung di sebalik bisnes kafe siber walhal mereka menjalankan operas judi di internet. Kerajaan DAPig pulau Pinang wajib kita tumbangkan. Mereka telah banyak bawa kemusnahan kepada rakyat P.Pinang tanpa kita sedari! Ayuh, bukalah mata wahai rakyat P.Pinang!


286 kegiatan perjudian internet di Timur Laut tumpas

Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan 286 kegiatan perjudian Internet di sekitar daerah Timur Laut sejak Januari 2009 sehingga kelmarin dengan melibatkan jumlah rampasan bernilai RM6 juta.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan tersebut, sebanyak 4,039 mesin judi dan 96 mesin hadiah dirampas manakala 81 orang telah didakwa di mahkamah.

"Kita percaya, aktiviti yang beroperasi di premis tanpa lesen itu mempunyai kaitan dengan sindiket perjudian di negeri ini.

"Yang terbaru, tiga lagi kegiatan perjudian menerusi Internet berjaya kita tumpaskan dengan menahan tiga penjaga premis di lokasi berasingan iaitu di Paya Terubong, pusat beli-belah Pulau Tikus dan Lebuh Noordin kelmarin," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Menurut beliau, kesemua warga tempatan yang ditahan itu berusia 50 hingga 53 tahun.

Menurutnya, dalam serbuan yang dilakukan secara serentak itu, pelanggan di premis berkenaan berjaya memboloskan diri manakala hanya penjaga premis sahaja berjaya diberkas.

"Malah, kita turut merampas 28 mesin judi bernilai RM40,000," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...