Terdapat sejumlah 4 set gambar yang dirakamkan oleh seorang warga China bernama Feng Nao yang menunjukkan perbuatan seorang gadis yang cantik dan berhati mulia ini. Menurut kenyataan kisah di dalam gambar ini:
"Sebaik saja hujan lebat turun secara tiba-tiba, seorang lelaki tua yang kurang upaya tidak berdaya bergelut di dalam hujan lebat untuk menyelamatkan diri. Ketika itu seorang gadis cantik yang membawa payung bergegas berlari di dalam hujan lebat untuk memberi perlindungan dan menjaga orang tua kurang upaya itu.
Walaupun payung itu tidak cukup untuk melindungi diri orang tua itu daripada dibasahi hujan lebat, namun gadis itu tetap berada di sisi lelaki tua itu di dalam kebasahan hujan ...dan ia menjadi adegan yang paling indah di dalam hujan lebat itu."
Walaupun payung itu tidak mampu menghalang lelaki tua ini daripada kebasahan, gadis ini tetap terus melindunginya.
Melihat dari gambar-gambar itu, kelihatan bahawa hujan lebat yang turun secara tiba-tiba menyebabkan lelaki tua peminta sedekah yang lumpuh kakinya bergerak perlahan-lahan dengan kereta kayu yang kecil. Melihatkan keadaan ini, seorang gadis berbaju merah jambu sambil memegang payung di tangannya bergegas di dalam hujan untuk melindungi peminta sedekah.
Tetapi tidak berdaya, payung itu benar-benar tidak berupaya untuk melindungi lelaki tua itu daripada hujan lebat. Di dalam gambar tersebut, ia boleh dilihat bahawa payung di tangan gadis itu benar-benar melindungi pengemis, manakala pakaiannya sendiri sudah sepenuhnya lencun kerana air hujan.
10 comments:
syabas! atas kemuliaan hati budimu...wahai gadis suci...muga banyak lagi teladan seumpama ini yang boleh ditunjukkan oleh blogger.....
Mungkin peminta sedekah itu bangsa Cina.....jangan tertipu !
dalam keadaan ini, saya rela tertipu!!i dun care what race and what color they are but it shows me how to love and care of other people..usah campur adukkan nilai murni perikemanusian dengan politik racist yg jijik..
x kire laa cina ke x. Yg penting hati budi dia. Lgpun pic ni bukn dr malaysia, perhatikan kaler plat moto tu. jgn nk prejudis laa atas bangsa len. jgn igt bangsa kite lebih agung dr bangsa yg lain. ade sbb Allah bt kite berpuak2, berkaum2, berbangsa2. Lu pk laaa sendiri.
Tindakan yg sgt mulia.....bukan senang nak jumpa mrk yg sanggup buat mcm perempuan tu.
barang diingat hati yg mulia bukan setakat ada pd org Islam sahaja tp bergantung diri org tu x kira bangsa apa, agama apa, jantina apa.
aku respect dan puji tindakan perempuan itu. walaupun masih muda, dia terbukti mempunyai hati yang bersih dan penuh kasih sayang. tak pedulilah mengenai bangsa ke apa ke, kita sepatutnya mencontohi sifat2 mahmudah yg dia tunjukkan..kalaulah dia beriman kpd Allah, sudah tentu amat besar ganjaran pahalanya. mungkin terbasuh bersih dosa2nya dgn air hujan itu. itu yg kita kena ambil iktibar.
kalau lah semua manusia di dunia ini spt dia...alangkah damainya hidup kita semua..
ya! ini bukan di negara kita yg sangat rasis ni!!!!! perkara2 baik tidak pernah berlaku di negara ini krn semuanya bersikap rasis & kiasu!! adaka lagu tu?
Ya Allah! mana hilangya keimanan manusia yg dilahirkan sebagai Islam jika memandang perkara baik spt ini berasaskan bangsa semata? apakah melayu tak boleh tolong orang cina jika mrk memerlukan? apakah orang india tidak menolong orang melayu dlm keadaan memerlukan?
aku pernah mengalami masalah dgn anjing terbiar & yg membantu orang cina yg tidak aku kenali. begitu juga aku tolong seorang uncle india yg aku tak kenali krn dia memerlukan pertolongan aku utk mengisi borang di bank. kami (aku dgn pegawai aku) menjaga peserta kem seorang budak china kena gastrik semalaman dlm hospital sebelum ibunya sampai ke sana... banyak lg kisah pertolongan yg kita lakukan bukan krn bangsa tp kerana kemanusiaan...
kiasu kah kita hingga anggap bangsa lain tidak perlu pertolongan biarpun mrk dlm kepayahan? tolong menolong dlm perkara baik bawa kebaikan.. takkanlah yg inipun kita nak politikkan?
Pengemis tu bapa dia..he he he
Jari saya pernah terluka masa berada dalam bas. tiba2 seorang gadis cina hulurkan plaster luka. terharu la juga... mungkin gadis ini ahli Persatuan Bulan Sabit Merah :-) Sejak itu saya sentiasa stanby plaster luka dalam purse
Alangkah mulianya hati gadis itu
Post a Comment