Pak Lah Di Maki Hamun Tahap Dewa! Puas Hati??

Pertama sekali AS pohon maaf kepada rakan bloger APA diatas artikel ini jika ada terasa hati. Jika APA juga ada pandangan peribadi, AS juga ada persepsi dan pandangan AS tersendiri.

1st off all, bila AS buka blog APA, AS tak percaya yang blog itu adalah blog Pro BN! AS sampai tak gamak/tak sanggup nak baca terhadap apa yang dimaki itu! Adakah dengan maki hamun tu dapat puaskan hati APA?

Kenapa Pak Lah harus dimaki hamun dengan sebegitu teruk apatah lagi di bulan puasa ini? AS sendiri akui, Pak Lah telah lakukan banyak kesilapan semasa beliau memerintah dan disebabkan itu BN kena tsunami yang teruk pada PRU12. Harga yang BN perlu bayar adalah terlalu mahal atas kesilapan Pak Lah!

TETAPI!!!
Ini tidak menghalalkan kita untuk memaki hamun menyumpah seranah Pak Lah dalam keadaan yang begitu terkutuk dan sungguh mengaibkan sekali dalam keadaan kita sesama umat Islam.
Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara!
Apatah lagi kita dilihat sebagai blogger pro BN yang tidak mahu disamakan dengan puak PAS/PKR yang trademark mereka memang suka mencaci/memaki hamun dan memfitnah!
AS tak mau bila bloger APA keluarkan entry seperti ini, semua bloger pro BN akan terpalit dengan imej maki hamun yang sudah pasti didendangkan oleh puak pakatan.

Ok, APA, no heart feeling ya! Cuba banyakkan bersabar dan kekang nafsu amarah anda.
Seteruk-teruk Pak Lah, dia masih orang Islam sedara kita yang bagi AS tak perlu dimaki hamun sedemikian rupa! Banyak lagi cara lain untuk kita luahkan ketidakpuasan hati!
banyak lagi maki hamun APA di SINI

6 comments:

Pak Tam hang said...

Kau tak kena dengan Pak Lah, kau takde le memaki hamun macam mamat tu. Cuba kau kena skali, silap2 haribulan, lagi hebat bunyinye... heh heh heh...

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam Anak Seberang.
Kita bersetuju untuk tidak bersetuju tentang sesuatu dan saudara berhak berpendapat.

Terima kasih juga kerana ingat mengingat sesama kita kerana itu yang terbaik dibulan ramadhan ini.

Apapun reaksi sdra mungkin berkaitan artikel kurang ajar APA terhadap Pak Lah yang terbaru.

Untuk info sdra..artikel tu dah sampai Tingkat 20 bangunan,tanpa sdra membaca kaitan nya dari artikel yang berada di Ground Floor dan mana mungkin sdra faham punca kemarahan APA hingga ketahap ini.

Jadi sebagai blogger kita juga patut siasat punca dan sebab mengapa sesuatu artikel digharap sedemikian rupa,jangan ambil dihujung untuk sekadar tumpang sekaki nak cari isu.

Betul kata Pak Tam..tak kena batang hidung sdri memang kita boleh bercakap.Kalau terkena bukan setakat memaki hamun,mungkin juga sdra boleh pergi ketahap MEMBUNUH.

Apa pun terima kasih..saya dah lama tak kenal erti berkecil hati.

Salam Ramadhan.

MMR said...

bagi aku...cara utk menyelesaikan kekusutan ialah dengan menyuruh Pak Lah(layakkah di panggil Pak Lah)memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia di atas kegagalannya menjadi seorang pemimpin yang berjaya...tapi setahu saya beliau belum melakukan nya lagi...KENAPA......adakah dia rasa yang dia tidak bersalah...ataupun beliau masih di buai mimpi.......renung-renungkan selamat beramal

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam.
Untuk pengetahuan AS.
APA diamanahkan menjaga hampir 300 orang untuk satu tugas dizaman Tun M lagi,beerti 300 keluarga.

Bila Pak Lah mengambil alih pimpinan tahun 2003 maka tanggung jawap tersebut terpikul dibahu nya pula.

Tapi sampai kehari ini 29 dari 300 ketua keluarga ini dan menjadi arwah.Bayangkan berapa ramai anak anak yatim yang teraniaya?

Majoriti mereka hidup merempat kerana arwah bapa bapa mereka telah hilang segala galanya.Ada anak yatim yang hari ini meminta minta sedekah dipasar pasar malam untuk hidup.

Baki 270 yang masih hidup hilang segala galanya.Perniagaan bankrap,harta dilelong dan ada yang hanya ada van tempat mereka anak beranak jadikan tempat tinggal.

APA sendiri menjadi pelarian sudah hampir 8 tahun,menumpang disana sini macam pariah.Anak isteri terpaksa ditinggalkan demi keselamatan mereka.Banyak lagi kalau nak diceritakan..

Jadi setelah melalui semua itu..
Apakah APA kena mulakan bicara dengan Paklah saperti yang disarankan sdra...

"PAKLAH YANG AKU KASEHI..."?

Unknown said...

AS simpati sangat terhadap nasib yang menimpa APA..

AS takdelah takat nak cari isu hal peribadi APA dengan Pak Lah. Banyak lagi isu lain boleh AS letakkan ataupun isu non-politik sekalipun.

Kita tak perlu sampai ke tingkat 4o sekalipun utk menilai dari A to Z punca kemarahan APA.

Dari 1 posting terbaru APA yang hentam Pak lah sebegitu teruk AS secara personal dah tak boleh terima.

Maki hamun kepada bekas pemimpin kita walau sebesar mana kesilapannya bukan satu budaya kita org melayu yg milai adat dan budaya yang begitu tinggi.

Terpulanglah APA, ini pendpat AS.
Teruskanlah berkarya..
As Salam..

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam Bro Anak Seberang.
Apa yang bro tegur tu betul.APA coba juga kawal perasaan tapi bila baru baru ini ternampak anak anak yatim arwah yang pernah dipertanggung jawapkan keatas APA meminta sedekah di Bazar Ramadhan,hati jadi terbakar.

Apapun APA akan berusaha mengawal amarah yang ada sebaik mungkin.Salam perjuangan,selamat berpuasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...