
Justeru, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed menuntut Mustafa memohon maaf secara terbuka dan UMNO bersedia mengambil tindakan undang-undang jika beliau gagal berbuat demikian.
Mohd Zin berkata, pemeriksaan yang dilakukan di DUMC merupakan perkara yang melibatkan penguatkuasaan agama dan tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata, JAIS harus bebas dari ancaman, ugutan dan tohmahan serta campur tangan politik kerana isu membabitkan agama wajar diurus secara profesional dan berkesan.
"Pas harus segera berhenti menyalahkan pihak lain dalam setiap isu yang berlaku dalam pentadbiran di Selangor,” katanya. - Bernama
2 comments:
Bahlul pas mmg bahlul
Kalau betul lah UMNO ni disebalik tabir...
Tahniah UMNO, andalah pejuang Islam sebenar.....
Daripada dok sebik berceramah sana-sini tapi habuk pun tarak...maksiat makin bertanbah di negeri tempat Pakatan Rakyat...
Post a Comment