Terbaring Kerana Payudara Terlalu Besar..

Ibu kepada empat orang anak telah hanya terbaring di katilnya selama enam bulan kerana buah dadanya yang terlalu besar.

Payudara Julia Manihuari mula membesar hingga ke saiz N selepas kelahiran anak lelaki ketiganya tujuh tahun yang lalu - menyebabkan ia tidak dapat bergerak bebas.

Wanita 29 tahun ini berkata: "Ia sangat siksa. Jika saya cuba membangunkan diri saya akan menjadi lemah dan terasa akan pitam kerana payudara saya sungguh berat."
Isteri seorang petani kecil yang tinggal di Peru utara, akhirnya dapat dibantu apabila media tempatan membayarkan tambang untuk satu perjalanan bot selama tiga hari untuk ke bandar terdekat bagi mendapatkan bantuan perubatan.

Doktor yang mendiagnosisnya mendapati wanita malang ini mengalami Bilateral Gynecomastia - satu penyakit di mana kelenjar susunya terus membesar.

Mereka terpaksa membuang 15kg lebih daripada daging payudara Julia kerana ia berkemungkinan boleh menghempap paru-paru lalu membunuhnya.

Julia muncul semula dengan payudara bersaiz cawan 34B selepas pembedahan selama enam jam.

"Sebelum pembedahan itu saya tidak dapat lakukan sebarang kerja, saya terpaksa hidup dengannya, ia menjadi begitu buruk sehinggakan payudara saya bersentuhan dengan kaki saya. "Saya mempunyai satu susuk badan yang kecil, dan ianya memberikan tekanan pada keseluruhan badan saya dan sangat menyiksakan."

Dia menambah: "Payudara saya semakin membesar dari hari ke hari. Saya tidak boleh bergerak kerana payudara saya dan perut sama besar. Buah dada saya menjadi sangat besar dan mula berkudis, malah saya turut mempunyai masalah untuk bernafas."

Sumber : www.thesun.co.uk

2 comments:

Anonymous said...

Sesiapa yang ade kepakaran dalam perubatan tradisional bantulah hamba ALLAH ini yang memerlukan rawatan. Semoga penyakit baliau cepat sembuh. YA ALLAH ENGKAU SEMBUHKANLAH PENYAKIT HAMBA MU INI . AMIN YARABBALALAMIN

Anonymous said...

These are generally brief term loans that do deliver you meet your
fiscal concerns within a desired precise time period.

Contemplating time limitations these loans are particularly designed above an obligation 100 % free platform. As such, these are kept fully absolutely free from credential checksums. Matters such as defaults, arrears, bankruptcy, CCJs and even IVAs are not deemed right here. Further, there are also no collaterals connected with these loans. There is minimal paper function needed on the aspect of borrower. There are also no hidden or added documentation or faxing necessary here. Applying for these loans is also really handy. Folks only call for filling an on the net type and as soon as this gets authorized money is received within 24 hours time frame. These loans are usually offered below hassle-free terms and conditions. The common standard applicant criteria here is that they should be a UK resident and of 18 years of age.
Also visit my web page : http://mymutualaid.com/node/217646

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...