Tesco Kalau Nak Promosi 12 Ekor Ayam Biaq Tak Payah Promosi!!!

Raya punya pasal, sebab ayam pun boleh jadi gaduh. Itu yang terjadi pada pagi tadi semasa promosi ayam di Tesco. Pelanggan tak puas hati dengan pihak Tesco apabila ayam yang dikatakan promosi hanya dikeluarkan sebanyak 12 ekor.

Promosi kononnya hebat sangat, sekilo ayam hanya rm3.99, tapi kalau hanya 12 ekor, baik tak payah hebahkan. Cuba bayangkan, pelanggan ada yang tunggu dari pukul 9am lagi untuk membeli ayam. Tesco buka pukul 10. Bila pintu buka saja, tak sampai 5 minit, ayam dah habis. Siapa tak meradang.

Aku pun ada hati nak beli ayam murah ni. Bila tiba saja, dah ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang tengah naik angin pada Manager Tesco terbabit. Untuk mengetahui punca dan musababnya. Aku pun cuba la soal.. jawapannya seperti apa yang dikata la. Promosi, tapi yang dikeluarkan hanya 12 ekor. Apa pun turr laa..

Pada pihak Tesco.. kalau setakat 10 atau 20 ekor.. baik tak payah sebarkan.. staff korang beli pun dah habis..mana sempat pelanggan nak beli..

1 comment:

Anonymous said...

Tesco mana ni? Cuba spesifik sikit. Aku pergi tesco semalam beli ayam. Ramai gila manusia beli. Nak kata sesak mmg sesak gila.

Ayam banyak jugak. Daripada bukak je tesco, pukul 1 petang baru habis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...