Tiada Lagi Engku Ibrahim, Kita Bersama Syed Danial Pula..

Syed Danial Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Yg Baru

Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Jan lalu.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara hari ini setelah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Sabtu Awab berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

“Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lepas,” katanya kepada Bernama pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sabtu berkata Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. — Bernama

Mulai pengumuman tarikh hari raya Aidilfitri tahun ini, kita pasti merindui insan yang gambarnya dibawah. Sudah 22 tahun bersama kita.

1 comment:

Laila said...

ye la, daripada saya kecik sampai la dewasa, engku ibrahim la wajah yg dinanti2 setiap kali menjelang ramadhan dan aidilfitri. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...