"Jenazah Mat Indera bau wangi dan bersih ketika saya uruskan jenazah beliau, saya mintak Pak Kob jaga elok elok kubur ini. Kubur ini ada jasad pejuang kita".
Itulah kata kata nasihat Pak Abas yang mengurus jenazah Mat Indera kepada rakannya yang dikenali Pak Kob yang kini menjaga kubur Mat Indera.
Kisah ini diceritakan oleh penjaga tanah perkuburan ini yang hanya mahu dikenali Pak Kob kepada rombongan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Firdaus Jaafar dan juga Pemuda PAS Perak yang diwakili oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin yang telah melawat ke pusara Mat Indera di Taiping pada 8 September lalu.
Kesempatan melawat pusara Mat Indera itu diambil oleh Ustaz Akmal menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada Pak Kob selaku petugas yang menjaga tanah perkuburan termasuk kubur Mat Indera.
Beliau menyifatkan Pak Kob berhati mulia kerana menjaga kubur Mat Indera.
Bagi AS, jenazah berbau wangi mungkin ada logiknya setelah dimandikan dan dikafankan atau ini adalah dari kuasa Allah.
Tapi jangan menipu rakyat kononnya kubur berbau wangi tapi disebabkan kerana ada orang siram minyak wangi di pusara seperti nun di suatu tempat di Kedah tu.
Wallahualambissawab..
5 comments:
Inilah cara orang2 PAS nak menegak benang basah kerana nak bela Mat sabu. Kalau seseorang terlibat dalam pembunuhan orang Islam yang lain, kalau dia ustaz pun, salah tetap salah. Berdosa tetap berdosa.
Orang2 PAS ni fasal nak bela kawan, buat apa pun tak apa. Inilah PAS sekarang ini, oleh kerana mahukan undi Cina, komunis bintang 3 dan orang2 yang menjadi talibarut komunis pun dipuja sebagi hero dan orang2 Islam yang dibunuh oleh komunis dikutuk.
Kenapa sekarang baru bau wangi, sebelum meletup kes komunis ni tak dengar pun bau wangi?
Macam mana dengan kubur mengsa Memali, dulu kami denger ada bau wangi juga, masa bau wangi tu ialah masa tengah dok kutip derma, bila orang menziarah kubur dan menceritakan pula bahwa bau kubur itu wangi maka banyaklah derma yang akan dapat dipunggut.
warga sebelum merdeka
Tak kata pun kubur yg bau wangi.. jenazah yg wangi.
kubur berbau wangi..jika terdpt banyak wangian di situ ( bunga,musang pandan,..etc )
Tak ada kubur yang wangi sejak dari dulu, Mat Indera dikuburkan hingga sekarang tidak ada yang wanginya ini adalah hakikat yang patut diterima. Kubur Mat Indera adalah sama seperti kubur biasa juga dan semak apabila tidak ada orang atau warisnya membersihkankannya. Semua orang Kampung tahu. Jangan buat cerita . Buat dosa kering sahaja. Tak tahulah sejak sekarang ada orang yang menyiram minyak atar untuk memaklumkan bahawa Mat Indera pejuang bangsa mati syahid yang kuburnya harum.
Ini semua dakyah PAS yang akan menjadikan kubur Mat Indera sebagai keramat dan akan ada orang yang datang minta hajat. Semuga Jabatan Agama mengambil tindakkan dan siasat.
Post a Comment