Noramfaizul Mati Syahid..

pic hiasan

SHAH ALAM - Kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terkena peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, kelmarin adalah tergolong antara mereka yang mati syahid.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kematiannya di kategori syahid akhirat kerana membantu orang Islam dalam kesusahan.

“Ia berbeza dengan pejuang yang meninggal dunia ketika berperang mempertahankan Islam yang dikatakan syahid dunia akhirat iaitu tidak perlu disolatkan jenazahnya sebelum dikebumikan.

“Ia berlainan dengan ibu yang meninggal dunia ketika bersalin atau nelayan yang mati ketika turun ke laut untuk mencari nafkah, itu adalah syahid dunia,” katanya.

Menurutnya, keluarga mereka yang mati syahid perlu diberi bantuan supaya dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Sementara itu, Pensyarah Fiqh dan Usul, Fakulti Pengajian Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, kematian kerana membantu orang Islam teraniaya mendapat balasan syurga di sisi ALLAH.

Menurutnya, perjuangan Noramfaizul wajar dibangga rakyat Malaysia dan keluarganya kerana sanggup mati kerana agama, bangsa dan negara.

“Malah kematian beliau sepatutnya dijadikan pembakar semangat supaya lebih ramai sukarelawan dikerah membantu orang Islam dan jangan sekali-kali berputus asa atau cuba menarik diri.

“Jika mereka mengalah, sia-sialah pengorbanan dan kematian Noramfaizul,” katanya.

Beliau berkata, pengurusan jenazah Noramfaizul perlu dilakukan seperti kebiasaan kerana syahidnya dengan ALLAH bukan di mata manusia.

Manakala Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya berkata, gelaran syahid tidak boleh diberikan manusia kerana ALLAH sahaja layak menentukannya.

Menurutnya, adalah wajar mendoakan roh Noramfaizul dalam kebaikan bukan meletakkan gelaran syahid.

“Dalam Islam, syahid ada dua, syahid besar seperti berjuang menentang musuh dalam peperangan atau ketika mempertahankan diri atas arahan pemimpin Islam bukannya dilakukan sendirian.

“Syahid kecil kematian berlaku bukan kerana peperangan seperti ibu mati ketika bersalin atau tenggelam di lautan,” katanya.

AS;Wallahualam. Hanya Allah jua yang maha mengetahui..

1 comment:

Anonymous said...

salam semua.
aku tak setuju Noram dikelasifikasikan mati syahid kerana pada pandangan peribadi aku dia gagal dalam membuat pertimbangan yang sewajarnya pada keadaan. Betul mati hanya ditangan Allah, kita boleh mati walau dimana skalipun, namun kita harus juga melihat dari beberapa sudut tertentu.
Keadaan disana memungkinkan nyawa kita tidak selamat, jadi mengapa harus kita megambil risiko. Apakah berbaloi kita meninggalkan anak isteri menruskan hidup yang mungkin lebih payah apabila mereka hilang tempat bergangtungharap? Apakah berbaloi kita menolong manusia disana sedangkan lebih ramai lagi insan senegara yang memerlukan pertolongan malah yang miskin hampir murtad pun ada!
Andai kata negara ini musnah, apakah kita juga pasti akan menerima bantuan dari msyarakat muslim negara lain sebagaimana yang kita buat sekarang? jawapannya, KIRIM SALAM sajalah!!!.
Kepada sedara yang nak jadi sukarelawan antarabangsa, fikir fikir timbang timbang sebelum anda kesana. Bantulah saudara dalam negara dulu, utamakanlah sesama kita dulu, barulah memandang orang diluar sana..kasihanilah keluarga kita meratap hiba bila takdirNya kita hilang dari dakapan mereka!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...