Meskipun Dewan Rakyat belum dibubuarkan, namun percakaran merebut kerusi menjelang pilihan raya umum ke-13 di kalangan kpmponen Pakatan Rakyat semakin hangat.
Terbaru, ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau (kanan) membidas kepimpinan PKR negeri dan menuduh parti itu mengamalkan "dasar perkauman" dalam rundingan mengagihkan kerusi.
"PKR Johor di bawah kepimpinan (Datuk) Chua Jui Ming telah menetapkan garis panduan sendiri yang tidak munasabah berhubung rundingan agihan kerusi dengan menghina DAP sebagai parti pelampau Cina dan hanya sesuai bertanding di kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina lebih 60 peratus di Johor.
"Chua menggunakan konotasi kaum yang sama dimainkan oleh media arus perdana milik Umno bagi menilai kedudukan DAP dalam Pakatan Rakyat. Malah, saya telah berulang kali mengingatkan Chua sebagai pendatang baru dalam PKR dan Pakatan Rakyat, beliau tidak patut erlu menggunakan alasan perkauman yang tidak munasabah dalam rundingan agihan kerusi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
chua jui meng pc 130308 1Chua (kiri) adalah bekas menteri dalam kabinet BN sebelum menyertai PKR pada tahun 2009 dan kemudiannya dilantik sebagai ketua PKR Johor.
Sambil menegaskan bahawa majoriti kerusi yang ditandingi oleh DAP di Johor adalah kerusi campuran, Boo juga membidas PKR kerana meluahkan rasa tidak puas hati parti itu mengenai agihan kerusi di laman mikro-blogging, Twitter.
"Apabila saya tulis di Twitter,ia hanya mencerminkan rasa tidak puas hati saya dengan kerjasama dan hubungan di kalangan parti-parti komponen Pakatan Johor yang telah merosot sejak beberapa tahun yang lalu sehingga ke tahap mengancam perpaduan di kalangan ahli-ahli Pakatan Rakyat," katanya.
Boo sebelum ini mendedahkan DAP yang bertanding enam daripada 26 kerusi parlimen di Johor pada tahun 2008 mahu agihan kerusi lebih banyak pada pilihan raya umum akan datang. Namun PKR yang bertanding di 11 kerusi pula tidak mahu mengalah atau menyerahkan sebahagian daripada kerusi mereka kepada DAP.
PAS pula bertanding di lapan kerusi manakala satu lagi kerusi tidak dipertandingkan.-Mkini-
AS KATA PERPADUAN DIDALAM PAKATAN HARAM SEMUANYA HANYA LAKONAN SEMATA-MATA. PAKATAN YANG BAKAL KARAM. PAKATAN YANG TAK KEKAL LAMA.
SEMUA NAK TUNJUK DEPA LA HERO.
CEPAT-CEPATLAH HANCUR! ADA PUN MENGHURU-HARAKAN NEGARA SAJA!
BUTA MATAKAH LAGI WAHAI JUAK PAKATAN HARAM YANG MANA ANWAR PUN TAK PERCAYA DENGAN KREDIBILITI ORANG LAMA PKR DI JOHOR DENGAN MELANTIK BEKAS MENTERI BN YANG TAK LAKU JADI PENGERUSI PKR JOHOR!
1 comment:
hang kata hang terra!!
Post a Comment