Pas tidak mampu hasilkan draf hukum hudud

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap 'Tok Guru' sebenarnya tidak mempunyai ilmu untuk menghasilkan draf hukum hudud yang ingin dilaksanakan parti itu di Kelantan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana Menteri Besar Kelantan itu bukan pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang merangkumi undang-undang syariah, usuluddin, baitulmal dan zakat, fikah dan hadis.

"Sebenarnya, Nik Abdul Aziz hanya pakar dalam bahasa Arab dan kerana faktor itu Draf Perundangan Hukum Hudud Kerajaan Pas Kelantan 1990 tidak dirangka sendiri oleh ulama-ulama Pas sebaliknya terpaksa meminta bantuan ulama dari Asia Barat yang mana kredibiliti mereka kurang diyakini oleh kerajaan negara mereka sendiri.

"Nik Abdul Aziz mengatakan beliau seorang Tok Guru, jadi kenapa beliau tidak merangka sendiri draf perundangan tersebut dan terpaksa meminta bantuan luar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasrat Pas untuk terus melaksanakan hudud di Kelantan biarpun ditentang oleh sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Menurut Ibrahim, hukum hudud Pas itu boleh diibaratkan seperti nasi basi yang sudah dibuang dan kemudiannya dikutip semula untuk dihidangkan oleh Nik Abdul Aziz.

"Setelah Pas ketandusan modal untuk menghentam UMNO, maka nasi basi yang dikutip itu dipanaskan semula untuk dihidangkan kepada rakyat Kelantan dan penyokong Pas lain semata-mata untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.

"Pas berkata hendak berbincang semula tentang hukum hudud di Kelantan, jadi sekarang saya ingin mencabar Nik Abdul Aziz bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohammad Sabu dan semua ulama Pas supaya merangka sendiri Draf Pelaksanaan Hukum Hudud itu tanpa meminta bantuan luar dan hebahkan kepada rakyat Kelantan apabila siap kelak," katanya.

Ibrahim menambah, pelaksanaan undang-undang hudud itu juga harus dikuatkuasakan di semua negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan tidak terhad di Kelantan sahaja.

"Namun, saya sangsi apakah mereka mampu melaksanakannya kerana apabila digertak sedikit oleh Penasihat DAP, Karpal Singh semua ulama Pas termasuk Abdul Hadi akan menggigil, kasihan penyokong Pas yang mudah ditipu dan dipermain-mainkan.

"Justeru, adalah lebih baik Pas menumpukan usaha mendidik pengikutnya supaya mendalami ajaran Islam yang sebenarnya dan lebih penting jangan berbalah dalam bab politik sebaliknya bersatulah untuk memakmurkan ekonomi negara dan perkara baik yang lain," katanya.

2 comments:

Keris 7 Lok said...

Salam Perjuangan..blog tuan telah dipautkan ke blog keris..minta blog keris juga dipautkan ke blog tuan..

demi perjuangan alif ba ta..
http://keris7lok.blogspot.com

Anonymous said...

ELERT JANGAN TIDORRR semua

WAKIL PARLMENEN BARU PETANG TADI KATA DAP DAN PAS AKAN BUAT MAJIK

RABU INI..TIBA2 RAMAI DAP MASUK ISLAM...PEMPAHAMLAH...MACAM YAHUDI SERVIVE DI TURKI..

TAPI AKU BIMBANG 'UNDER-DESK' YANG DIBERIKAN PADA DAP???...

...PAS DIBENARKAN BUAT HUDUD DENGAN SYARAT DAP JADI TPM1...
(TAKPE PAS JADI TPM2)...???


SUBHANALLAH...

ALLAHUAKHABAR...HABIS LA ORANG MELAYU DENGAN PERMAINAN BODOH PAS NI,..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...