Apa kata mereka-mereka ini pasal HUDUD..


Datuk Seri Azizan Abdul Razak (MB Kedah):

''Kerajaan Pas Kedah tidak akan laksanakan hudud buat masa ini kerana Pas berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Inilah realiti politik hari ini di Kedah. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan. Kerajaan Pas Kedah akan berunding dengan rakan Pakatan dahulu.''

Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor):

''Kerajaan PKR Selangor tidak akan melaksanakan hudud.''

Abdul Wahid Endut (Pesuruhjaya Pas Terengganu):

''Cadangan pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan adalah selaras dengan Islam, dan itulah perjuangan Pas sejak ditubuhkan.''

Salahuddin Ayob (Naib Presiden Pas):

''Isu pelaksanaan hudud hanya akan dibincangkan semula jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya! Tidak guna bercakap mengenai hudud sekarang. Lebih baik fokus kepada pilihan raya umum!''

Khalid Abdul Samad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor):

Pas tidak akan melaksanakan hudud tanpa persetujuan DAP dan PKR.''

Dzulkifly Ahmad (AJK Pas Pusat):

''Pakatan akan hancur jika terperangkap dengan isu hudud yang tidak penting buat masa ini! Lebih baik fokus kepada strategi memenangi pilihan raya.''

Datuk Seri Najib Tun Razak:

''Kita akui hudud adalah hukum yang datang daripada Allah, tetapi pelaksanaannya perlu dilihat kepada keadaan semasa dan realiti masa kini.''

Tan Sri Muhyiddin Yassin:

''Perlaksanaan hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di dalam masa terdekat ini, mungkin akan mengambil masa.''

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis):

''Hukum hudud adalah satu kewajipan, tetapi pelaksanaannya mestilah bergantung kepada suasana yang kondusif. Nabi saw sendiri pernah memerintahkan hudud tidak dilaksanakan, contohnya semasa perang.''

1 comment:

fauzi said...

Malaysia tengah perang erk dato sri? Apa maksud dato seri tentang melihat keadaan semasa? kalu dulu boleh knp skrg x boleh? sebabnya, klu bt hudud conform la menteri x leh bawa lari duit kn? Mklumlah, pencuri kna potong tgn, klu bt hudud conform la menteri semua y kena. Kt lawan hudud nei sama la kita menjaga kepentingan penyamun. Atau korang tkut tgn kna potong? Korang pon penyamun ker:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...