Demo Di Komtar hari Ini. Bukti Rakyat Dah Tension Dengan Guan Eng!

GEORGE TOWN, 21 Okt – Seramai 200 orang daripada enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menganjurkan perhimpunan secara aman di Komtar di sini bagi membantah dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mereka berkumpul di pintu masuk utama Komtar sambil membawa sepanduk serta meniupkan wisel dan membunyikan hon angin selama 15 minit sebelum bersurai.

Mereka terdiri anggota Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (Kesan), Persatuan Peniaga Negeri Pulau Pinang dan Badan Bertindak Peniaga India Muslim.

Jurucakap kumpulan itu, Mohamad Ridzuad Mohamad Azudin, berkata tujuan perhimpunan itu adalah bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan negeri berhubung pengharaman permainan air di Batu Feringghi dan dasar pengambilan tanah yang dianggap menindas rakyat.

Mereka turut membakar risalah terbitan kerajaan negeri bertajuk 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat.-umno-online

A.S: Inilah akibatnya jika rakyat dah meluat dan naik muak dengan cara pentadbiran Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang yang mana dasarnya banyak menganiaya rakyat.
Guan Eng seharusnya balik melaka dan tak perlu jadi Ketua Menteri disini kerana dia tak memahami kehendak dan jiwa rakyat Pulau Pinang.
Guan Eng perlu berambos segera!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...