Gempar! Biawak Hidup Berkeliaran Di Komtar! Petanda Buruk Buat Guan Eng!

Awal pagi semalam orang awam yang berurusan di Komtar termasuk para peniaga serta kakitangan kerajaan yang berpejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang terletak di kompleks tersebut, gempar dan kelam kabut apabila secara tiba-tiba melihat seekor biawak yang entah dari mana datangnya berlegar-legar di Tingkat Tiga, Komtar berhampiran dengan pintu masuk utama Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Orang ramai yang bimbangkan keselamatan diri masing-masing lari bertempiaran dan menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat bagi menangkap biawak tersebut. Pihak Bomba yang bergegas ke tempat kejadian setelah menerima maklumat dari orang awam, setibanya di Komtar telah dihalang oleh Pengawal Keselamatan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri daripada memasuki serta membuat pemeriksaan di sekitar kawasan kompleks tersebut untuk mengesan dan mengangkap biawak berkenaan. Alasan mereka, tiada apa-apa yang berlaku.

Haiwan yang bersaiz sederhana itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dengan kerjasama pihak keselamatan Komtar pada jam 9.00 pagi di Tingkat 3 kompleks berkenaan di mana kemudiannya diikat serta diletakkan dalam tong sampah bersebelahan dengan Pasaraya Pacific.

Berikutnya pada sebelah tengahari pula, dikatakan orang awam ada terlihat seekor lagi biawak bersaiz agak besar di kawasan tempat letak kereta di Tingkat 3, Komtar. Bagaimanapun samada haiwan itu berjaya ditangkap atau sebaliknya selepas itu, tidak pula diketahui.

Apa yang menarik ialah tindakan pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri mendiamkan diri berhubung dengan insiden ini dan cuba mengelak ianya daripada diketahui umum kerana bimbang ianya akan menjadi isu yang memalukan sepertimana dalam insiden biawak dan itik yang ditemui di ruang pejabat menunggu Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri tersebut sebelum ini.

Selain itu, tindakan pengawal keselamatan kompleks kerajaan negeri menghalang pihak Bomba daripada memasuki kompleks tersebut dipercayai ada hubungkaitnya dengan usaha pihak Kerajaan Negeri pimpinan DAP / Guan Eng itu untuk menyembunyikan serta mengelakkan insiden tersebut daripada mendapat publisiti media. Sebelum itu, kedengaran bisik-bisik di kalangan kakitangan tertentu Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan Setiausaha Sulit kepada Guan Eng telah mengingatkan salah seorang Pengawal Keselamatan agar memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan Komtar berikutan adanya penyebaran pesanan ringkas (SMS) mengatakan kononnya bekas penduduk Kampung Buah Pala akan membawa ular dan cicak (biawak) ke kompleks tersebut pada hari tersebut (12 Oktober 2011).

Kalaulah betul biawak tersebut datangnya daripada bekas penduduk Kampong Buah, maka ianya adalah satu “tribute from the people to the great liar Chief Minister Guan Eng on his lies” bukan saja terhadap penduduk Kampung Buah Pala tetapi juga di atas pembohongan kepada para penduduk Kampong Assam, Kampong Binjai dan Kampong Genting dalam isu pengambilan tanah kampong-kampung terbabit. Berjanji nak bantu, tapi kesudahannya para penduduk dipaksa berpindah. Janji lain, buat lain.

Lidah Biawak - Cakap Lain, Buat Lain

Jelas sekali usaha Guan Eng untuk menyembunyikan insiden biawak di Komtar pagi ini adalah untuk mengelakkan kerajaan negeri yang dipimpinnya dan dirinya daripada mendapat malu. Ini adalah kerana apabila perkara ini diketahui umum, masyarakat akan terus tertanya-tanya kenapa insiden seumpama ini berulang selain akan menilai semula corak kepimpinan, cara pentadbiran Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Inilah yang paling ditakuti oleh Guan Eng kerana ianya bukan saja boleh menjejaskan kredibilitinya tetapi juga kerajaan negeri yang dipimpinnya menjelang pilihanraya umum akan datang apabila kebenaran diketahui umum. Sebenarnya terlalu banyak pembohongan serta penipuan yang dibuat oleh Guan Eng dan DAP sejak mentadbir Pulau Pinang.-Tokjen-

4 comments:

Anonymous said...

Nasib baik cepat tangkap. Kalau tidak dah lama masuk periuk buat gulai. Sebab puak-puak ni apa pun dia makan....

Anonymous said...

NIE BIAWAK JADIAN...MUNGKIN SETPOL LGE ATAU LGE SENDIRI????

Anonymous said...

Xmau tuduh org BN yg letak ka biawak tu?

Anonymous said...

INI SIMUA KONSPIRASI BN!! Naa..amekaw!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...