A.S SUKA...
PADAN MUKA INDON
DEPA KENA SEDAR DAN MUHASABAH DIRI TU SIKIT KENAPA RIM TAK PILIH NEGARA MEREKA..
A.S RISAU LEPAS NI DEPA CLAIM BLACKBERRY MILIK DEPA PUNYA KA, TAK KE HARU! HEHE
Sebuah badan pelaburan Indonesia telah melahirkan kekesalannya terhadap keputusan syarikat pengeluar telefon bimbit pintar Blackberry, Research In Motion (RIM), untuk membangunkan kilang pembuatan Blackberry di Malaysia bagi pasaran Asia.
Badan Penyelarasan Penanaman Modal (BKPM) Indonesia berpendapat republik itu adalah lokasi yang lebih sesuai untuk dibangunkan kilang itu kerana ia antara pasaran paling besar bagi Blackberry.
Sehubungan itu, badan itu telah mencadangkan supaya kerajaan Indonesia mengambil pendirian berhubung perkara itu, termasuk langkah tindakan bukan insentif terhadap RIM seperti mengenakan tarif percukaian.
Ketua BKPM Gita Wirjawan berkata, pada tahun depan, penjualan Blackberry di Indonesia dijangka mencapai 4.0 juta unit dengan nilai kira-kira AS$300 seunit, berbanding kira-kira 400,000 unit Blackberry yang dijual di Malaysia setahun.
“Kenapa bangunkan kilang di Malaysia? Ini tentunya mereka bangunkan di sana untuk dijual di Indonesia, kan?” katanya sambil meminta kerajaan mengambil langkah bersesuaian sama ada dalam bentuk tarif atau bukan tarif bagi menggalakkan RIM membangunkan kapasiti pengeluarannya di Indonesia.
Gita, yang dipetik sebagai berkata demikian oleh portal berita detik.com Rabu, menjelaskan bahawa pihaknya juga mencadangkan agar syarikat Bosch dari Jerman turut dikenakan tindakan bukan insentif kerana membangunkan kilang solar panel di Malaysia untuk dipasarkan ke Indonesia.
Beliau berpandangan langkah sedemikian perlu dikenakan kepada syarikat yang mempunyai pasaran besar di Indonesia tetapi enggan membangunkan kilangnya di Indonesia.
Sementara itu, Timbalan Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian (Kadin) Indonesia, Bidang Perindustrian, Penyelidikan dan Teknologi, Bambang Sujagad menganggap cadangan pihak berkuasa untuk menarik pelaburan syarikat pelbagai negara ke Indonesia dengan cara ancaman tindakan bukan insentif cukai, sebagai terlambat.
Beliau berkata kerajaan seharusnya mengambil langkah-langkah awal sebelum RIM membuat keputusannya itu dan menganggap BKPM terlambat membuat susulan mengenai potensi pelaburan RIM.
“Kita kurang sedar, seharusnya pelaburan teknologi bukan hanya dengan kemudahan pelepasan cukai, mesti juga dengan kemudahan tanah percuma. Itu tugasnya BKPM mencari maklumat apa yang boleh dilakukannya,” katanya.
Bambang juga mengkritik cadangan untuk mengenakan tindakan bukan insentif seperti cukai barang mewah terhadap Blackberry, yang beliau anggap akan merugikan masyarakat kerana Blackberry sudah masuk dalam kategori produk keperluan masyarakat, bukan lagi barang mewah.
3 comments:
kalau buat kilang di
malaysia pun,siapa pekerjanya?
indon juga.
kenapa pekerjanya orang indonesia ??... sebab .. orang malaysia malas dan pemalas.. nak kerja yang senang je tanpa usaha lebih....
Datang Malaysia pasal disama kamu orang sedang kebuluran !
Post a Comment