Berikut ini adalah ibu-ibu yang pernah ada di dunia dan merupakan ibu-ibu yang paling unik dan aneh yang pernah ada.
1. Melahirkan 8 Bayi Dengan Selamat
 Dikenal sebagai “Octomom”, Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez menarik perhatian antarabangsa setelah melahirkan kembar lapan (octuplets) pada bulan Januari 2009. Bayi Nadya ialah Octuplets kedua yang lahir dan hidup di AS dan juga menjadi satu set lengkap kembar lapan hidup paling lama dalam sejarah dunia. Reaksi masyarakat untuk kelahiran kembar lapan pada awalnya positif sehingga berita mulai bocor bahawa Nadya tidak berkahwin, menganggur dan sudah memiliki enam anak-anak lain di bawah usia lapan tahun.

2. Ibu Paling Muda [5 Tahun]
  Lina   Madinah adalah ibu termuda dalam sejarah, melahirkan anak pada usia 5   tahun 7 bulan 21 hari. Lina dibawa ke hospital oleh orang tuanya pada   usia lima tahun kerana perutnya semakin membesar. Dia awalnya dianggap   memiliki tumor, tetapi para doktor mengesahkan dia hamil tujuh bulan. Dr   Gerardo Lozada membawanya ke Lima, Peru, untuk rawatan lanjut. Satu   bulan setengah kemudian, pada 14 Mei 1939, dia melahirkan seorang anak   lelaki dengan pembedahan caesar kerana punggungnya yang kecil.   Pembedahan dilakukan oleh Dr Lozada dan Dr Busalleu, dengan dibantu oleh   Dr Colareta. Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr Edmundo   Escomel dalam jurnal perubatan La Presse Médicale.
3. Ibu Paling Tua Ketika Melahirkan

Setelah   menunggu lebih dari 40 tahun untuk anak pertama, wanita India Rajo  Devi  Lohan melahirkan pada bulan November 2008, pada usia 70.
4. Ibu Dengan Kelahiran Terbanyak [69 Anak]

Menurut   Guinness Book of Records, ibu yang paling produktif sepanjang sejarah   adalah seorang petani dari Shuya, Russia, yang dikenali hanya sebagai   isteri Feodor Vassilyev, yang melahirkan tidak kurang dari 69 anak-anak,   dari 27 kehamilan. Gambar hanya sebagai hiasan kerana tiada gambarnya   yang sebenar disebabkan beliau hidup di abad 18.
5. Lelaki Menjadi Ibu Yang Pertama Di Dunia

Thomas   Beatie adalah lelaki pertama yang menjadi seorang ibu. Sebenarnya dia   dilahirkan sebagai seorang wanita dan menjadi lelaki setelah dia   menjalani pembedahan dan perawatan selama sepuluh tahun dan sekarang   hidup sebagai seorang lelaki di Oregon. Dia hamil kerana histerektomi   (pembedahan rahim). Thomas memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri,   melalui persenyawaan menggunakan sperma penderma dan sel telur milik   Thomas sendiri.
6. Ibu Kembar Tertua

Benar-benar   bertekad untuk memiliki seorang anak lelaki pada usia 70 tahun, Omkari   Panwar menjadi ibu kembar tertua. Sama dengan suaminya Charan Singh   Panwar, mereka membayar kos rawatan yang mahal demi mempunyai pewaris   lelaki. Mereka menjual kerbau, menggadaikan tanah, menghabiskan tabungan   hidup mereka dan mengambil pinjaman kad kredit. Panwar sudah memiliki   dua anak perempuan dewasa, dan lima cucu, tapi mereka hanya ingin   seorang anak lelaki tetapi bernasib baik dikurniakan kembar.
7. Ibu Tumpang Tersubur Di Dunia

Carole   Horlock ialah ibu tumpang,  telah melahirkan 12 bayi dalam 13 tahun –   termasuk kembar tiga. Ini adalah rekod dunia untuk ibu tumpang paling   produktif. “Ketika saya pertama kali menjadi ibu tumpang, saya berharap   melakukannya hanya sekali” katanya. “Tapi saya sangat menyukainya..   setelah saya melahirkan bayi saya ingin melakukannya lagi.” Dia dibayar   rata-rata $25,000 hingga $30,000 untuk tujuan tersebut.
8. Ibu Terkecil Di Dunia

Ibu   terkecil di dunia ini telah melahirkan untuk kali ketiga, meskipun dia   diingatkan akan membahayakan hidupnya. Stacey Herald, yang memiliki   tinggi 2 kaki 9 inci, diberitahu bahawa kehamilan mampu membunuhnya.   Namun dengan berani dia menentang para doktor untuk memiliki dua bayi.   Dia disahkan menderita osteogenesis imperfekta, yang menyebabkan rapuh   tulang dan paru-paru sehingga menyebabkan dia tidak berkembang. Herald,   yang menggunakan kerusi roda dan suaminya Will, yang memiliki tinggi 6   kaki 4 inci, tidak sabar menunggu kelahiran bayi ketiga mereka. Dia   mengaku ketika sedang hamil adalah tidak selesa dan hanya terbaring di   tempat tidur selama berminggu-minggu.
9. Ibu Dengan Bayi Terkecil Di Dunia

Mahajabeen   Sheikh melahirkan Rumaisa Rahman pada tanggal 19 September 2004 di   Loyola University Medical Center. Bayi yang beratnya hanya 244 gram dan   panjang 10 inci merupakan bayi terkecil di dunia. Bayi tersebut   dilahirkan setelah 25 minggu enam hari kehamilan ibunya. Rumaisa, yang   tinggal dengan kedua orang tua di Hanover Park, Illinois, A.S beratnya   hanya 244 gram ketika lahir, tapi membesar seperti manusia normal.

Elizabeth   Ann Buttle memiliki dua anak, Belinda dan Joseph, ada yang menarik   tentangnya. Belinda Buttle lahir pada 19 Mei 1956. Bahagian luar biasa   adalah jarak antara kelahiran Belinda dan Joseph Buttle yang lahir pada   20 Nopember 1997 ketika Elizabeth Ann Buttle berusia 60 tahun. Bererti   kelahiran pert

No comments:
Post a Comment