Karpal Pun Macam hamPAS Jugak! Walharammu, Walhalalku!

Kes Saman 2 Juta : Karpal hipokrit pertahan tindakan hakim peluknya

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Pengerusi DAP, Karpal Singh disifatkan seorang hipokrit apabila cuba mempertahankan tindakan seorang hakim Mahkamah Sesyen yang memeluknya selepas membuat keputusan supaya seorang pengurus bank membayar peguam itu ganti rugi RM2 juta ekoran kemalangan yang dialami pada 2005.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Karpal juga dilihat tidak konsisten kerana menyifatkan tindakan hakim itu hanya atas dasar seorang yang dikenalinya secara peribadi.

"Sekarang ini apa dia nak kata, bila seorang hakim peluk dia selepas buat keputusan memihak kepadanya. Selama ini dia yang selalu pertikai hakim-hakim

"Bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir makan malam dengan hakim-hakim, dia pertikai. Bila kena batang hidung dia sendiri, apa dia nak buat? Ini ibarat ludah naik ke langit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ibrahim diminta mengulas gesaan Majlis Peguam yang meminta supaya siasatan dijalankan terhadap seorang hakim Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang, Chan Jit Li yang dikatakan memeluk Karpal selepas membuat keputusan yang memihak kepada Karpal itu.

Dalam keputusan itu, pengurus bank berkenaan diperintah membayar ganti rugi RM2 juta terhadap Karpal kerana melanggar teksi yang dinaiki Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sehingga menyebabkannya lumpuh dalam kejadian tujuh tahun lalu.

Majlis Peguam membuat gesaan itu memandangkan tindakan hakim itu boleh memberi persepsi salah kepada masyarakat bahawa hubungan Karpal yang mengenali hakim itu secara peribadi boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat dalam pengadilan kes tersebut.

Karpal dalam respons kepada Majlis Peguam itu berkata, hakim itu tidak seharusnya dihukum kerana tindakannya itu.

Sementara itu, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan hakim itu boleh menimbulkan syak wasangka dan pilih kasih di dalam pengendalian dan penghakiman kes Karpal itu.

"Dan kenyataan Karpal yang mempertahankan tindakan hakim itu mengingatkan kembali kepada sikap Karpal sebelum ini yang bermati-matian menggesa supaya kes Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan dengan alasan Timbalan Pendakwaraya mengenali Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Adakah ini perjuangan DAP yang ingin diterjemahkan dalam sistem kehakiman kalau mereka berkuasa?" katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader yang bersetuju dengan gesaan Majlis Peguam itu berkata, rakyat sudah pasti akan mempersoalkan tindakan hakim membuat keputusan menyebelahi Karpal itu memandangkan peguam itu mengenalinya.

Katanya, tindakan hakim itu juga yang mengadili kes itu walaupun beliau mengenali Karpal boleh dipersoalkan.

"Hakim itu boleh menarik diri daripada kes itu sebelum ini lagi tetapi beliau tidak berbuat demikian. Sepatutnya hakim tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan pengadu (Karpal), jadi lebih elok satu siasatan diadakan," katanya.

A.S;NAMPAK SANGAT SI SINGH NI KAKI PUSING. SAMA JUGAK DENGAN GENG HAMPASS.
WALHARAMMU WALHALALKU. AKU BUAT TAKPA, ORANG LAIN SEMUA TAK BOLEH.


KEPUTUSAN HAKIM MENGARAHKAN PENGURUS BANK PERLU BAYAR RM2 JUTA PERLULAH DISEMAK DAN DIKAJI SEMULA!
INI TIDAK ADIL!

2 comments:

Anonymous said...

posing jangan tak posing..

prah2 said...

dah biaso dah dongan mainan dio. eden ado kawan kawan sekorjo-ado yang dah pensen ado yang berkorjo lagi. ado soran yang macam dio ni tapi dah memeluk islam alhamdulilah. tak lah perangainyo macam dio ni. namo asal samo tapi perangai tak samo. eden selalu jo jomput dio kerumah maklum dah samo ugamo kito mesti rapatkan. keluargo dio pun datang. baik hari rayo ataupun apo pun nikah kawin dio eden jomput macam adik beradik .tapi yang dipp ni ontah lah macam kato kawan den "dio ni endangered specise" lah.jadi mesti pertahankan apo yang ado. jadi tak heran lah kalo dio polok hakim kan samo orannyo.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...