Kontroversi 'Tudung' Hajah Siti Nurhaliza..

Beberapa laman web dan forum hangat dan menjadi panas mendebatkan cara ‘bertudung’ Hajjah Siti Nurhaliza.

Penyanyi ternama Malaysia yang sudah pun bergelar seorang Hajjah menimbulkan topik hangat tentang cara beliau ‘bertudung’.Ada pihak mempertikaikan itu bukan cara bertudung menurut islam dari mazhab as syafie’ yang majoriti di Malaysia.

Pun begitu , jika menurut mafhum dari :
Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya“ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Blog ini tidak bermaksud untuk memanjangkan sebarang kontroversi, hanya sekadar untuk melihat praktik islami dari beberapa artis yang sudah pun menutup aurat selengkapnya.

Apakah boleh dikatakan itu hanya cara Hajjah Siti Nurhaliza ‘bertudung’ tetapi bukan ‘menutup aurat’ menurut kacamata islam.

wallahu aa’lam. -abushahid

6 comments:

Anonymous said...

nie la Rasulullah SAW kata, berpakaian tp bertelanjang..akhir zaman

Anonymous said...

alahai... hanya lagi satu seorang *artis*. Korang nak expect apa???

Anonymous said...

Siti bukan betul sangat. Ambil laki orang sampai porak peranda rumah tangga. Datuk K memang suka dapat pantat Siti dan dapat RM2 juta lagi.

Aku dah lama boikot betina ni. Pergi haji cerita dengan orang, buat mesjid cerita dengan orang, iklas ke dia ni?

Anonymous said...

OK ler tuh apa yang nak komplen lagi? Dia telah menutup 'kemaluan'nya dan 'perhiasan'nya.

Tu ler orang Melayu Moslems nih, isu rambut saja boleh mencerai-beraikan perpaduan orang2 Melayu Islam. Tu tak termasuk Hudud lagi.

Orang Moslems berpecah dan hancur kerana orang Moslems sendiri, bukan kerana musuh luaran.

Dengan puak non-Moslems takut bagai nak rak.

Moslem tanpa bermusuh dengan Moslems sendiri.

armouris said...

lagi info tentang tudung di SIHAT SELALU - Bagaimana Memudahkan Memilih Tudung Untuk Dipakai

Anonymous said...

siti memang seorang artis yang kelihatan baik dan berhemah tinggi. Boleh menjadi ikutan, wbgmanapun cara tudungnya memang boleh dipersoalkan , marilah kita berdoa supaya beliau akn memakai tudung yang lebih baik lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...