Sebagai penyokong BN, sudah pastilah kita mengharapkan kemenangan BN. Begitu juga dengan penyokong pembangkang, tentu mereka pun beranggapan dan mengharap Pulau Pinang
( PP) terus kekal dalam genggaman mereka.
Untuk berlaku adil, marilah kita lihat sejarah politik di Pulau Mutiara itu sendiri. Secara umumnya, rakyat di PP adalah penyokong tegar dan sentiasa menyokong BN sebelum PRU 12 lalu. Melainkan tahun 1969, yang mana kali pertama PP jatuh ke tangan parti bukan BN
( Gerakan), lain2 pilihanraya PP sentiasa menjadi milik BN.
Memang benar, kaum Cina membentuk komposisi rakyat terbesar di sana, namun adakah kerana “faktor Cina”, maka BN akan kalah selamanya di PP?
Sebenarnya, “faktor Cina” adalah penyumbang terbesar kepada kemenangan BN berturut-turut di PP selepas PRU 1969. Kaum Cina begitu menyokong kuat BN dalam setiap kali PRU. Walaupun politik negara mengalami “tsunami” kali kedua pada tahun 1990 ( kali pertama tsunami politik adalah pada PRU 1969), PP masih kekal dalam genggaman BN walaupun pada tahun tersebut DAP “menang besar” dengan 14 kerusi jauh mengatasi parti Gerakan yang hanya mampu meraih hanya 7 kerusi. Mujurlah UMNO mampu meraih 12 kerusi. Pada tahun tersebut, atas dasar setiakawan, jawatan Ketua Menteri tetap diserahkan kepada parti Gerakan ( Koh Tsu Koon) walaupun UMNO jauh lebih unggul dari segi jumlah penguasaan kerusi ( sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh kerajaan PP sekarang, walaupun menang atas tiket “PR”, namun calon PAS tidak diberi sebarang jawatan exco).
Ramai orang beranggapan bahawa BN akan tetap kalah kepada DAP kerana kaum Cina majoritinya akan meyokong DAP. Benarkah begitu? Jika benar mengapa? Sesetengah orang berpendapat bahawa kaum Cina adalah kaum yang “rasis” dan tebal sifat perkaumannya. Maka sudah tentulah parti yang “secocok” untuk menjadi pilihan mereka dalam PRU ke 13 akan datang adalah DAP yang juga sangat terkenal sebagai “parti paling rasis di dunia”.
Benarkah kaum Cina adalah kaum yang rasis? Melabelkan DAP sebagai parti yang rasis memang sangat tepat, tetapi menuduh kaum Cina sebagai rasis adalah ssuatu yang agak subjektif ( tolak tepi Namewee, budak “kelainan upaya”). Jika kaum Cina adalah kaum yang sangat rasis, dan mahu membolot PP, mengapakah sejak dari dulu mereka tidak menyokong perjuangan DAP yang terang-terang melaungkan slogan “Malaysian Malaysia”?.
Mengapakah pada pilihanraya tahun 1995, DAP kalah teruk sehingga hanya tinggal 1 kerusi sahaja di DUN PP? Mungkin sesetengah penyokong pembangkang akan berhujah bahawa pada pilihanraya tersebut BN diperkuatkan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan anak jati PP dan juga adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN pada masa itu. Tetapi, jangan kita lupa, pada pilihanraya 1999, dimana sekali lagi tsunami politik berlaku akibat pemecatan Anwar (yang merupakan anak jati PP), masyarakat Cina PP masih menyokong BN dan kerana “faktor cina” jugalah BN menang bergaya pada tahun tersebut.
Sokongan kaum Cina PP kepada BN berterusan dalam pilihanraya ke 11, tahun 2004, yang mana BN menang besar. Mungkin penyokong pmbangkang mengatakan kerana faktor “Pak Lah” yang menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi BN ketika itu. Tetapi dalam pilihanraya lalu, BN tersungkur buat julung kalinya di PP selepas pilihanraya 1969. Mengapakah BN PP tumbang sedangkan Perdana Menteri pada masa itu adalah dari negeri mereka sendiri?
Jelaslah, corak atau pola pengudi di PP khususnya bukanlah bergantung semata-mata kerana populariti pemimpin atau kerana sifat “rasis” seperti yang ditanggapi oleh kebanyakan kita. Tetapi, jika begitu halnya, kenapakah kaum Cina di Malaysia amnya dan di PP khususnya kelihatan begitu rasis pada hari ini? Ianya adalah kerana pemimpin-pemimpin DAP yang memainkan isu ini dan disahut pula oleh sesetengah pemimpin BN yang tidak tahu menjawab tohmahan golongan perkauman DAP ini.
Mudah cerita, kita semua ( Melayu, Cina, India) menjadi “agak” rasis kerana permainan yang dimulakan sesetengah pemimpin khususnya DAP. Dan adakah DAP akan menghentikan permainan rasis ini? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa mereka mesti menghentikannya? Ini kerana permainan rasis ini adalah “talian hayat” mereka untuk “terus hidup” dan “cari makan” di PP.
Samada kita suka atau tidak, kita semua (khususnya Melayu-Cina PP) perlu mengakui kita telah terperangkap dalam permainan licik DAP ini. Generasi muda, tidak kira kaum apa sekalipun, yang baru mula “celik” politik sudah melihat bahawa “rasis” adalah agenda yang wajib diselitkan dalam manifesto pilihanraya oleh mana-mana parti. Sindrom “adakah kaum aku mendapat lebih dari kaum lain?” mula menular dikalangan kita. Jika tiada janji berbaur rasis, maka undi akan pergi kepada parti yang lebih rasis perjuangannya. Inilah kesannya jika persaingan politik disuntik dengan “dadah perkauman”. Serasional-rasional masyarakat Cina dan setoleransi-toleransi masyarakat Melayu pun akan “lalok” apabila terkena dadah perkauman ini.
Sebelum ini, masyarakat PP bebas untuk membuat pilihan dalam sistem demokrasi berpilihanraya. Mereka, khususnya kaum Cina hanya memilih parti yang boleh memberi keuntungan kepada mereka dalam jangka masa 5 tahun. Jika parti yang dipilih tidak “perform”, mereka akan tolak. Cara pemikiran mereka hampir sama dengan cara pemikiran pengundi-pengundi di negara maju barat. Tetapi, apabila DAP berjaya menyuntik elemen perkauman dalam minda pengundi, maka seolah-olah harapan BN untuk menguasai semula PP tampak kabur.
Apa pun, BN tidak boleh menyerah kalah sebelum berjuang. BN tidak boleh terlalu mengikut rentak DAP dengan menari tarian perkauman. BN mesti lebih fokus untuk berkhidmat dan turun mendampingi rakyat secara kerap dan ikhlas. Hati rakyat yang terluka mesti dipujuk dan diubati. Bak kata DS Najib, “pemimpin jangan angkuh, dan jangan sombong”. Kalau formula ini digunapakai, insyaAllah, jangan kata Lim Kit Siang, LimGuan Eng, atau Lim Tat, letaklah Lim apa pun, siapa pun calon DAP, BN pasti boleh tumbangkan.
Namun begitu, ini hanyalah faktor pokok. Jangan abaikan juga faktor -faktor lain seperti calon yang berkarisma dan berkepimpinan hendaklah diketengahkan disamping muka-muka baru yang lebih idealistik dan segar
Kita percaya majoriti kaum Melayu adalah sangat bertoleransi, dan kaum Cina adalah kaum yang sangat rasional. Hanya DAP yang rasis.-yeop-
1 comment:
Tak boleh nak cakap, angan angan boleh, tp kaum cina ni kalau dah syok dgn apa yg depa dpt depa boleh pusing 360degree, DAP boleh bertapak, cuma nak dpt majoriti dari melayu dan lain kaum bukan cina saja.
BN kena usaha byk bukan sikit laa..kalau kita tgk orang melayu pun senang senang jual tanah mereka pada broker dr Pakatan mcm PAS & PKR ada oooo ahli depa dok tanya, siap ada dlm FB lagi, pastu depa jual kat cina depa dpt komisen, org jual tanah laa lopong jual 300k tp mai kat cina beli buat bunglow2, rumah2 RM1 juta sebijik ahahahaha tu laa bijak org cina bila niaga, orang melayu tau apa duit sekangkang kera tu depa kira byk leh simpan sampai ke tua tp depa tak tau duit tu bukan simpan sampai ke tua tak sampai setahun lingkup anak bini, laki dok belanja...ahahahha otak tarak aaa. tgk jaa kat kawasan org melayu dah naik rumah setengah juta tak ke malu orang melayu, melayu gadai orang melayu bijak bijak bila kata depa marah cakap lebih kurang tapi anak cucu depa satu masa nanti duk atas bukit buat umah atas pokok, tanah orang tua nenek moyang dah jual pasai kelabu mata...merempat laa...pastu salah kerajaan pulak,,mmg dasar tak tau nak salah diri sendiri...
Post a Comment