Pakat Berebut La Nak Jadi Ahli Parlimen Lepas Ni! Elaun Naik Double Mencecah RM 35k Sebulan!

PRU13 ni, nampaknya akan menyaksikan semua ahlil politik pakat berebut la nak jadi calon. Tak kitalah dari pari parti mana sekalipun. Ini kerana A.S difahamkan ahli-ahli Parlimen dijangka akan menikmati kenaikan elaun mereka dua kali ganda di bawah struktur baru yang dicadangkan termasuk aspek berkaitan dengan hak dan keistimewaan wakil rakyat peringkat persekutuan itu.

Difahamkan jawatankuasa kajian semula yang dibentuk tahun lalu telah mengesyorkan agar saraan wakil rakyat dinaikkan antara RM30,000 dan RM35,000 termasuk elaun. Kini kadar diterima mereka dianggarkan sekitar RM12,000 sebulan.

Ketika membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu PM berkata, “menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka kerajaan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli Parlimen sekalian.”

“Dengan syarat.....kedua-dua belah pihak, parti kerajaan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju. Termasuklah yang bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut.

Kalau korang nak tau la ni, ahli-ahli Parlimen Malaysia merupakan antara mereka yang menerima saraan paling rendah di dunia, yang bersamaan dengan wakil rakyat Christmas Island dan Fiji.

Kita boleh katakan bahawa kita antara yang paling rendah dibayar di dunia. Kita empat kali lebih rendah berbanding Indonesia dan Thailand... dan sudah pasti tidak perlu bandingkan kita dengan Singapura,” katanya lagi.

Saraan ahli-ahli Parlimen dikaji semula lima kali — 1992, 1997, 2001, 2002 dan 2005 sejak Akta Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) 1980 digubal.
Pada 2005, gaji pokok dinaikkan daripada RM5,916.90 kepada RM6,508.59 tidak termasuk faedah lain seperti elaun bulanan pemandu RM1,200.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...