Pok Nik Kuciwa 'Mahligai Sakinah' Dingin..

PROGRAM NI BUKAN TAK BAGUS..

TAPI A.S YAKIN KEKURANGAN PROMOSI DAN PERKARA INI TAK DIWAR-WARKAN KE SELURUH KELANTAN

KALAU NAK BUAT SESUATU PROGRAM TU, BIARLAH DIRANCANG DENGAN TELITI DARI SEGENAP SEGI!

JANGAN BUAT KERJA MACAM PAK PANDIR!




Unit cari jodoh kerajaan Kelantan: Lelaki beri sambutan dingin

Hasrat kerajaan Kelantan membantu wanita bujang mencari pasangan melalui penubuhan unit cari jodoh atau `Mahligai Sakinah', kurang mendapat sambutan di kalangan lelaki apabila tidak ramai yang berminat untuk mendaftar.

Sambutan dingin daripada kaum Adam itu menyebabkan unit berkenaan menghadapi masalah untuk mencarikan pasangan sesuai bagi wanita yang berdaftar.

Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, unit ‘Mahligai Sakinah’ yang diwujudkan sejak 2007 itu mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padanan.

Tanpa menyebutkan angka terkini yang berdaftar, beliau berkata, kekurangan publisiti mengenai Mahligai Sakinah mungkin menjadi antara faktor kurangnya calon lelaki di samping kecenderungan orang muda mencari jodoh sendiri. - Utusan

2 comments:

Anonymous said...

Jangan2 wanita2 yg mendaftar tu dah kena kebas dek wakil2 rakyat PAS sendiri, kot??

Anonymous said...

mungkin lelaki di kelantan ni takut sebab pompuan kelantan ni agak sosial di negeri lain...
jangan risau sebab perkara baik akan diberkati ALLAH TAALA...

klau berunsur politik mesti kantoi sebab bab kawin ni dah ditetapkan oleh ALLAH TAALA...

PEJUANG HAMAS...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...