Sukun Menangis?

Dalam satu serangan yang berlapik tetapi menyengat terhadap Presiden Gerakan, Tan Sr Dr Koh Tsu Koon, ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.

Katanya, mereka malu menjadi bahan teguran dan dipandang rendah kerananya.

Tan menegaskan demikian dalam ucapan dasarnya dipersidangan perwakilan kebangsaan Gerakan semalam.

Tanpa menamakan Koh, beliau berkata, "tulisan sudah terpampang di dinding" dan pucuk pimpinan tidak boleh menafikannya.

"Jika anda perlu berundur, maka berundurlah," katanya sambil menambah, sekiranya rakyat telah menolak seseorang pemimpin, maka akurlah dengan kehendak mereka.

A.S: Tsu Koon kena lah akur.
Mana tau ada rezki dengan pengunduran beliau menjadikan pengundi kaum cina terutamanya beralih kembali kepada BN.
Gerakan seharusnya menampilkan seorang hero baru yang muda dan berkarisma bagi menjadi idola rakyat Pulau Pinang.
Gerakan juga seharusnya jangan tidur lagi!

Jangan nak idam jawatan Ketua Menteri saja, tapi gerak kerja ke arah tu nampak tersangatlah lesu!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...