Umur Bersara 60 Tahun: Ginilah Situasi Akan Terjadi

Cuepacs dibawah Omar Osman akhirnya berjaya 'mendesak' PM tunaikan permintaan mereka untuk lanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun. AS secara peribadi kurang bersetuju atas 2 sebab saja iaitu:

1. Kadar produktiviti/efisiensi pekerja yang dah berumur sudah pasti akan berkurangan seterusnya perkhidmatan kerajaan sedikit perlahan.(bukan semua)
2. Lambakan anak muda yang menganggur untuk menyertai kerajaan akan bertambah disebabkan terpaksa menunggu pakcik-makcik ni pencen terlebih dahulu menyebabkan jawatan kosong akan lebih terhad.
Seterusnya ini akan mengakibatkan anak muda memberontak kecewa/memarahi kerajaan dan sedikit sebanyak undi protes walau tak banyak tapi sikit pasti akan kena tempias kepada BN.

3 comments:

Anonymous said...

AS
Entah sampai ke tidak 60 ..cancer, jantung, kencing manis. Campur yg pencen awal sebab dah tak larat. Kalau dah rezeki tak kemana.

Anonymous said...

Sebenarnya tak ramai yang akan sambung sampai 60 tahun. Saya tak setuju dengan pendapat anda yang mengatakan mereka yang senior kurang produktiviti. Saya bergaul dengan ramai pekerja senior dan merekalah pakar rujukan yang penuh dengan pengalaman dan gigih bekerja berbanding golongan muda sekarang. Sebenarnya pengalaman tidak boleh dibeli.

Anonymous said...

Wanita biasanya tidak ramai yang tunggu sampai bersara wajib. Kalau nak kira umur 60 tahun bagi lelaki belum tua sangat. Ramai yang masih sehat dan aktif. Pemimpin politik baik BN atau PR pada masa ini ramai yang sudah berusia lebih setengah abad. Pemimpin politik yang berusia lebih 60 tahun pun ramai tetapi masih boleh menjalankan tugas mereka dan tiada siapa pertikaikan pun. Nak kira sakit yang muda dan budak-budak pun ramai yang sakit. Lagi pun hanya tambah dua tahun sahaja. PM dan kesatuan pekerja pasti sudah mengkaji sebelum buat keputusan menaikkan usia bersara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...