Billboard Je Lebih, Tapi Habuk Pun Tarak!


"Kerajaan berjiwa rakyat’...ini antara billboard yang terpacak di tepi beberapa jalan utama di Pulau Pinang.
Ini mungkin sedikit sebanyak ‘perubahan’ yang nampak sejak kerajaan pimpinan Lim Guan Eng ambil alih pemerintahan negeri itu lebih tiga tahun lalu.

Cogankatanya sedap manakala gambarnya menunjukkan betapa caringnya kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat.
Penanda arasnya mungkin pemberian RM100 kepada wargaemas yang pernah riuh satu ketika dulu.
Namun mengambil kira manifesto pakatan pembangkang yang janji bulan dan bintang menjelang pilihanraya umum Mac 2008... apa sangat ‘jiwa rakyat’ yang melimpah ruah di negeri itu.
Jangan tanya orang luar yang sekali sekala ke negeri itu. Ini kerana propaganda kerajaan negeri boleh mengelirukan mereka.

Mereka yang setiap hari pejam celik di negeri itu tentu dapat membuat penilaian apa bezanya dulu dan sekarang.
Ayat kasar orang Utara yang popular ‘habuk pun tarak’ mungkin dapat memberi kesimpulannya.
Tolak sebelah bab politik.Guna mata dan telinga lihat sekeliling baik di bahagian pulau atau di Seberang Perai negeri itu.

Antara fakta yang kerajaan Guan Eng tidak boleh nafi ialah ia tidak membina satu unit pun rumah murah di negeri itu sejak memerintah.
Hebat sungguh ‘jiwa rakyat’ kerajaan negeri sampai tidak terfikir nak bina satu unit pun rumah murah.
Ada yang kata berilah peluang kerana kerajaan Guan Eng baru lebih tiga tahun memerintah.
Beliau juga memerlukan tempoh lebih 50 tahun macam kerajaan Barisan Nasional dulu.
Itulah adat janji politik.
Soalnya bukankah dalam Buku Jingga mereka boleh buat macam-macam silap mata dalam tempoh 100 hari?

Jadi kita tidak boleh salahkan jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang merupakan anak jati Pulau Pinang mengingatkan rakyat negeri itu agar tidak keliru.

Beliau tidak mahu ibarat perumpamaan ‘lembu punya susu tapi sapi dapat nama’.
Katanya pada wartawan di Georgetown, Sabtu rakyat Pulau Pinang perlu 'buka mata' berhubung usaha berterusan kerajaan BN membawa pembangunan ke negeri ini menerusi pelbagai jenis pelaburan sama ada dari dalam (DDI) atau luar negara (FDI) walaupun negeri ini diperintah oleh kerajaan pembangkang.

Menurut beliau pendedahan itu juga penting bagi mengelak kekeliruan di kalangan rakyat dengan tindakan sesetengah pihak yang hanya mahukan publisiti sedangkan kerja keras dilakukan pihak lain.

"Perkara ini perlu disebut sekali lagi supaya rakyat negeri ini lebih jelas dan tahu siapa sebenarnya yang berusaha untuk membangunkan negeri ini, kita tidak mahu segelintir pihak yang hanya mahukan nama, atas usaha orang lain," katanya.

Faktanya di depan mata sekarang,Guan Eng pun tahu dan mereka yang pejam celik setiap hari di Pulau Pinang tahu segala yang tersergam di negeri itu adalah peninggalan dan usaha kerajaan negeri dahulu.

Sehingga takat ini secara mata kasar belum ada kelihatan sesuatu yang extra istimewa ataupun yang menusuk kalbu baik dari segi dasar dan pembangunan fisikal.
Kerajaan PR masuk ke Pulau Pinang dengan ‘karpet merah’.Memang senang hidup kalau bernasib baik begitu.
Sama juga halnya di negeri Selangor yang sudah maju ke depan sejak zaman pemerintahan BN lagi.

Pusing kiri ...pusing kanan.Guan Eng tidak harus berkecil hati jika ada yang gelar kerajaan negeri pimpinanya tidak lebih dari kerajaan poster dan sepanduk sahaja.Gempak lebih...habuk pun tarak.-Agendadaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...