Awat Bung Mokhtar Kalut Sangat Desak Sharizat Letak Jawatan?

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) menggesa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Bercakap di Dewan Rakyat sewaktu penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012, Bung berkata, tindakan itu perlu kerana isu tersebut menyusahkan parti.

Beliau yang berang ketika membangkitkan isu yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil itu juga mahu tindakan segera diambil kepada pemimpin wanita Umno itu yang didakwa mencalar imej Umno.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Tambahnya lagi kerana seorang individu yang terlibat dengan isu fidlot kebangsaan itu menyebabkan seluruh Umno susah.

"Kerana seorang individu yang terlibat dalam isu fidlot seluruh Umno susah, saya harap letak jawatan segera dan jangan menyusahkan Umno kerana dia kita yang susah nak menjawab setiap pertanyaan rakyat di luar," sambungnya yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC).

A.S agak bersetuju dengan saranan YB Bung ni jika benar ada salahguna kuasa berlaku dalam projek NFC ini.

Namun sebagai Timbalan Pengerusi BNBBC, YB Bung perlu meneliti fakta tuduhan ini terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan seperti diatas.

Beliau dilihat agak tergopoh-gapah dan ghairah untuk mengeluarkan kenyataan diatas sesuatu yang beliau sendiri tak pasti dan seterusnya memudahkan lagi musuh untuk menghentam kerajaan!


YB Bung tampak seolah menghukum individu menteri ini telah bersalah!

Beliau seharusnya mempertahankan perlaksanaan projek NFC ini didalam sidang Dewan Rakyat selagi kita mempunyai fakta yang benar!

Lihat bagaimana YB KJ seperti video dibawah bagaimana dengan fakta beliau sedaya upaya mempertahankan NFC ini. Mana pergi pemimpin wanita ataupun puteri yang lain?

2 comments:

MERADONG TODAY said...

kena siasat...yang telus...

Anonymous said...

Alhamdulillah... sekurang-kurangnya ada yang berani didalam UMNO untuk membuat teguran. Pada saya bukan mengatakan bahwa Menteri itu bersalah. Tetapi lebih untuk menyelamatkan parti UMNO dan BN. Isu yang sepatutnya individu yang terbabit menjawab, sudah menjadi beban dan masalah kepada Parti dan kerajaan yang memerintah. Kenapa perlu menyusahkan parti dan BN disaat PRU semakin hampir. Berkorbanlah demi parti dan negara.

Dan sekiranya isu ini memang sebenarnya fitnah , maka segeralah bangkit memperbetulkan keadaan. Bukan berdiam diri dan cuba berselindung disebalik menteri. Bukankah sudah dilantik peguam terkenal? maka percepatkanlah pembelaan dan kalau perlu saman sahaja mereka yang membuat fitnah

Dan bagi KJ, ini sebenarnya bukanlah isu politik. Jangan dipolitikkan isu sebegini. Tidak membawa sebarang faedah kepada parti, kerana jelas isu fidlot ini ada unsur permasalahannya. Sebaiknya jauhkan dari parti disaat genting begini. Biarlah pengurusan NFC sendiri menjawabnya. Bukankah terdapat mereka yang berkaliber dan pakar dalam NFC atau Agroscience? Anda sebenarnya tidak layak mempertahankan isu ini kerana anda bukan salah seorang pemiliknya.

Cikgu

D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...