Chef Wan Sudah Marah Sama Anak Dia!
Duta Makanan Malaysia , Cef Wan menggunakan laman sosial Facebook untuk melahirkan rasa kecewa dan memarahi anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuawan atas kesilapan memberi maklumat berkaitan dirinya dalam program MasterChef Malaysia.
Menurut Cef Wan, tindakan memberi maklumat ‘berlebihan yang tidak sepatutnya’ bukan sahaja memalukan Nadzri, yang turut dikenali sebagai Cef Riz, malah keluarga personaliti TV itu.
Cef Wan memberitahu peminat dan pengikutnya bahawa beliau hanya mengetahui mengenai isu Cef Riz malam tadi apabila ditemu bual menerusi program televisyen AS, The Today Show.
“Apabila saya diberitahu berita tentang anak saya, saya memberitahu dia bahawa ia bukan sahaja memalukan dia tetapi juga (mengaibkan) saya dan keluarga, dia mesti meminta maaf kepada orang ramai dan menerima kesilapan dan berhadapan dengan kesan,biar orang bertindak ke atasnya, padan muka dia,” kata Cef Wan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
baik...satu teguran dari ayahnda kpd anaknda....utk masa depan anaknda beliau. bila lah pulak ayahnda Tun M nak tegur anakndanya....untuk kebaikan anakndanye dan bangsa malaysia....khususnya umat islam.
Post a Comment