Guru Kerja 9 Jam Mulai Tahun 2012 ? Luahan Dari Seorang Guru Untuk Tatapan Pak Menteri!

"Kebanyakan manusia lebih selesa berada pada 'comfort zone' mereka. Maka sudah menjadi lumrah manusia untuk menolak pembaharuan apatah lagi jika pembaharuan itu dilihat bakal mengganggu zon selesa tadi. Oleh itu, tidak hairanlah jika tindakbalas terhadap pembaharuan yang dicadangkan tersebut adalah seperti yang tertera di atas.

Apapun, sebagai golongan yang rasional (profesional?), Guru tidak sepatutnya terlalu emosional ketika meluahkan pandangan Perkara ini akan dilaksanakan (diuji )di sekolah-sekolah perintis selama enam bulan. Jika maklumbalas daripada sekolah-sekolah itu menyokong pembaharuan itu, guru sebagai pelaksana dasar perlu menerimanya seperti mana guru "terpaksa" menerima dasar-dasar yang sebelumnya.

Selamat bercuti kepada warga pendidikan yang bakal bercuti sempena cuti hujung tahun nanti.

Kalau boleh bercuti.......isi SSPBS belum habis lagi...........persediaan untuk tahun 2012........rancangan...bertugas semasa cuti......dan di bawah ni pula "unnecessary"(emotional?) guru di sekolah SKM.......

Suatu Catatan bagi SEORANG GURU BIASA .


PAK MENTERI TOLONGLAH BACA NI!!!)

berikut merupakan antara senarai tugas guru-guru disekolah

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-k...urangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
8. Menghantar murid ke Klinik
9. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
10. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
11. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
12. Mengisi data murid SMM
13. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
14. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
15. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
16. Mengecat sekolah
17. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
18. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
19. Menyiapkan program Head Counting
20. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
21. Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
22. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
23. Mengendali masalah / kebajikan murid
24. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
25. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
26. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
27. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
28. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
29. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
30. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
31. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
32. Perkembangan staf
33. Mengendalikan perhimpunan murid
34. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.

Khas untuk Pak Menteri yang jaga Pendidikan....

-satria1035-

7 comments:

Anonymous said...

cuba cikgu skm ni pergi sekolah mara means MRSM tanya diorang (cikgu kat sana) kerja berapa jam?...diorang cikgu gak kenapa boleh je kerja 8 - 10 jam...sampai keluarga pun jadi no 2... x de pulak sibuk ngan MLM, direct selling, politik and so on?... x nak jadi cikgu berhenti je.ramai anak muda yang nak jadi cikgu...

Anonymous said...

senarai tugas mcm tu semua org bleh buat... mcm cikgu je yang banyak keja.. sblm ni pertikai sgt cuti kakitangan awam lain sampai 30 hari dia org punya ciput je... ambik ko.. you win some and have lost some...

Anonymous said...

Hai Cikgu SKM....senaraikan tugas boleh le....setahu saya tak pun di buat 100% kalau dilaksanakan 30% pun jdi le.Banyak kelain.Klau dlm kelas sebut dua 3 benda pah 2 diberinya murid kerja pah 2 dok lyari intenet n hphone.Cakap aje boleh le.Apa salahnya ditetapkan time frame masa kerja sama macam kakitangan awam lain.Ni tak bla loceng akhir bunyi....dah pecut kereta.Ni dah mula cuti smpai 2 bulan yg dok gi makan angin.pasti tak akan jengok sekolah pun.Cakap boleh le cikgu.Orang nak buat time frame supaya hadir sekolah n masa 8 - 9 jam 2 digunakan untuk segala2nya.Merancang,mengajar,aktiviti luar dll.Ni tak....tak tau bila masa guru kerja.Gaji besar sama macam kakitangan awam lain tapi masa keje?Allah mak cuti memanjang.Saya rasa orang yg akan ramai masuk neraka nanti adalah kaum guru!Kerja sikit....habuan banyak!Kerja nak kat umah aje.Keluar bandar sikit merungut selalu.Mula la undi pembangkang.wasalam.

hangkedee said...

Masih ingat suami cik gu mala? Tipu MC 21 hari pergi berkempen menentang kerajaan...Apa erti nya gigit tangan yang memberi"Anak Emas gomen"

Anonymous said...

apakah pekerjaan penjawat awam di malaysia yang paling banyak berkorban duit untuk ank bangsanya??? GURU... duit alat tulis, bayaran fotostat, keceriaan kelas, sumbangan kecelakaaan / kemalangan pelajar, belanja pelajar yang membantu urusan2, duit minyak sendiri untuk urusan rasmi, bil telefon untuk urusan pengurusan pelajar, duit beli ABM/BBM, komputer sendiri untuk urusan PNP,bil elektrik untuk sampai malam tanda buku pelajar..dll... jumlahkan berapa kos dalam RM... namun guru xberkira asalkan pelajarnya berjaya... pekerja lain ada laburkan duit untuk kepuasan berkeja macam tu??? sebahagian gaji guru dilaburkan kepada pelajar dan sekolah...Tiada wang diperuntukkan khas untuk semua diatas...terima kasih cikgu2 yang dedikasi..saya menyanjung anda semua..

Anonymous said...

saya setuju kerja sampai 4.30, tetapi biarlah pelajar balik macam biasa.jadi waktu petang tu cikgu boleh buat kerja2 yang ada.jadi tak perlu merungut beban kerja bawa balik ke rumah. kalo nak latih pejar sukan atau pertandingan, buatlah dalam waktu 9 jam itu.kalo penjawat awam yang lain boleh balik pukul 4.30, kenapa kita tidak? sedangkan gaji yang diterima berdasarkan kelulusan kita yang setara dengan mereka.
saya sendiri seorang guru dan selalu balik lewat untuk siapkan kerja2 saya di sekolah, jadi balik rumah saya tak perlu buat kerja.adatlah , kalau masa sibuk dan perlu siapkan kerja, ada juga yang terbawa ke rumah.Mungkin kebanyakan guru dah selesa dengan kehidupan sekarang, sekali sekala apa salahnya kita berubah.

Anonymous said...

kalau kerja 9 jam sehari untuk guru.jadi ada tak jaminan guru tidak payah datang kerja pada hari sabtu sabtu dan ahad. Penjawat awam yang lain tidak payah dtg kerja hari Sabtu.So, ada family day...Jadi bila cikgu nak set soalan exam or marking paper exam ..cuma guna waktu hingga 4.30 ptg.balik rumah..relaks dan tak payah buat kerja sekolah yang dibawa pulang.Sebab polisi kerja ialah 9 jam satu hari. lebih dari tu...sambung the next day hingga 4.30 pm. Is that possible? kalau buat macam ini...kerja banyakke tergendala..Lepas tu...pukul 12.00- 1.00 lunch time untuk guru dimana itu ialah waktu rehat guru yang tidak boleh diganggu seperti yang dinikmati oleh penjawat awam yang lain.Penjawat awam yg lain ada juga masa tea- break 1/2 jam.pukul ...so waktu rehat mereka ialah 1 1/jam .jadi tolak dengan 9 jam tinggal berapa jam...7 1/2 jam sahaja waktu bekerja, pastikan sistem online KPM sentiasa efektif..dan sekolah perlu ada banyak komputer untuk memudahkan guru membuat kerja-kerja isi pelbagai data, SMM, SAPS,dokumentasi, laporan,buat soalan exam, internet sentiasa berfungsi dan tidak hang or server down...then guru berebut-rebut nak guna komputer nak siapkan kerja yang kebanyakkannya pengisian data online.. tu tak campur lagi dengan kerja penyediaan P& P...marking paper sampai pagi termasuk hari cuti sekolah...yang selalunya digunakan untuk marking paper. Cuti cikgu memang nampak banyak...tapi cikgu yang jaga SPM,marking paper SPM...dan SPM habis lewat hingga dec 14. next year lagi teruk...start Nov 19 habis Dec..19...sekolah buka awal january..so mana pergi cuti cikgu..meeting guru untuk tahun berikut bermula 27 dec...so berapa cuti yang tinggal.
lagi satu yang tidak realistik... mengapa cikgu sekolah pagi start 7.30am hingga 4.30 pm. dan cikgu sesi petang bermula dari 1.30pm hingga 6.30 ptg..kalau ikut kiraan hanya lima jam...sahaja..so yang 4 jam tu nak ambil dari mana? sungguh tidak realistik.so cikgu sesi petang nak duduk mana buat kerja...
kakitangan awam yang lain boleh minta cuti anytime sampai 30 hari...tapi guru bolehke cuti bila bila masa yang dikehendaki?Guru yang join MLM..berapa peratus aje..dengan beban kerja yang bertambah-tambah tak ada masa nak buat MLM. Plz check your facts clearly....jangan main hentam benda yang tak tahu. Guru juga adalah manusia biasa, ada keluarga, perlu ada masa yang berkualiti untuk kerja dan keluarga.Guru bukannya robot yang bekerja tak henti henti bermula dari 7.30 hingga selesai sesi persekolahan pukul 1.00, and masa rehat cuma 1/2 jam untuk makan...yg selebihnya...kerja..kerja....kerja tanpa henti.kalau tidak, kerja tak siap and meet the deadline terutamanya kerja perkeranian yang membebankan.siapa yang tahu..kerja keras Guru..tidak seperti kakitangan awam yang lain yang boleh take your own sweet time untuk habiskan kerja..tak siap hari ini..boleh sambung the next day..and the next day..hingga habis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...