MP Nibong Tebal Yang Berbangsa Cina Sendiri Akui DAP Parti Benci Melayu!

Hasrat DAP untuk mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya parti itu dipilih mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti menunjukkan sifat kebencian sebenar parti itu kepada bangsa lain, khususnya orang Melayu.

Menariknya, dakwaan itu bukan dibuat pemimpin Melayu, sebaliknya oleh pemimpin Tionghua sendiri iaitu Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang pernah 'tidur sebantal' dengan DAP sewaktu beliau menjadi wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dahulu.

Menurut Tee Beng, DAP melalui Setiausaha Penerangannya, Tony Pua, sedar bahawa orang Melayu menguasai 90 peratus jumlah perjawatan dalam sektor awam dan demi memastikan undi kaum Cina kekal, parti itu sanggup mengeluarkan kenyataan berbaur rasis.

"Memang jelas ini kenyataan rasis yang bermatlamat untuk menyerang sektor awam kerana 90 peratus perjawatan di sektor ini dikuasai orang Melayu. Kalau kakitangan awam ini dikurangkan, kesannya kepada siapa kalau bukan kaum Melayu itu sendiri?

"Saya berkata demikian kerana DAP ataupun Tony Pua tidak memberi pelan alternatif di sebalik idea ini. Apakah dengan sekadar menamatkan separuh daripada jumlah kakitangan awam ini akan menjadi lebih kos efektif dan mampu memberi imej yang lebih baik kepada kerajaan.

"Sebab itu saya kata DAP parti paling rasis. DAP mendakwa UMNO rasis kerana parti itu membela orang Melayu tetapi sebenarnya DAP yang paling rasis kerana perjuangan parti itu hanya untuk satu kaum sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.-Utusan

KATA-KATA INI DIKELUARKAN OLEH SEORANG BERBANGSA CINA YANG PERNAH MENJADI ORANG KESAYANGAN ANWAR IBRAHIM SUATU MASA DAHULU SEHINGGA DIBERI KEPERCAYAAN MENJADI CALON PKR UNTUK BERTANDING DI KERUSI PARLIMEN NIBONG TEBAL! DIA SENDIRI SUDAH SEDAR! ANDA BILA LAGI?

NASIHAT A.S KEPADA MELAYU YANG MENJADI PENYOKONG TEGAR PAKATAN HARAM, MASIH BUTAKAH LAGI MATA ANDA MELIHAT KEBENARAN DAN AGENDA YANG TERSEMBUNYI YANG DIBAWA OLEH PARTI DAP INI?? ADAKAH ANDA MAHU MELAYU MENJADI BANGSA YANG RUGI DIMANA SUDAHLAH KITA KETINGGALAN DALAM PELBAGAI BIDANG, ADAKAH MONOPOLI ORANG MELAYU DALAM PERKHIDMATAN SEKTOR AWAM HENDAK JUGA DIGANGGU-GUGAT!

JANGAN SAMPAI ANAK CUCU ANDA KELAK KENCING DIATAS KUBUR ANDA SENDIRI KERANA MENJADI TALI BARUT DAP YANG MENJAHANAMKAN HAK DAN KELEBIHAN ORANG MELAYU DI MALAYSIA INI!

1 comment:

pemuda jawi. said...

sudah as....

gerombolan mana yg dok merembat harta melayubumiputra di malaysia nie?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...