Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan hak penganjur dan penyokong festival Seksualiti Merdeka 2011 kerana menyifatkannya sebagai medan perbincangan dan pertemuan bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).
Menurutnya, pada masa sama beliau membidas pihak-pihak yang mengecam penganjuran festival ini terutamanya mereka yang berterusan menghina penganjur dan individu yang menyokongnya.
Katanya lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR)bagaimanapun secara tegas tidak menyokong penganjuran program berkenaan kerana ajaran Islam mahupun agama-agama lain jelas dalam isu ini,
"Kenapa kita nak menghukum mereka di atas hal-hal yang mereka tidak sebut? Kita bantah cara kumpulan berkenaan (LGBT) dimalukan dan
dihina.
"Pendekatan kita sebaiknya mendekati dan memberi penjelasan kepada mereka, tapi bukannya dengan mencerca," katanya di lobi Parlimen di sini semalam.
Ditanya mengenai penglibatan Pengerusi bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang didakwa merasmikan festival ini, Anwar mempersoalkan kenapa Ambiga dilayan seperti penjenayah.
"Tapi kenapa serang dan layan Ambiga seperti penjenayah? Sokong ataupun tidak bukan lagi isu, tapi isunya ialah serangan kepada golongan LGBT," katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mendakwa, liputan yang keterlaluan oleh media
tertentu berkaitan program sebenarnya bertujuan menutup kelemahan dan masalah lain yang berlaku dalam negara.
"Ini semua sengaja dibuat bagi menutup permasalahan lain. Nak alih pandangan daripada isu-isu besar yang lain.
"Jadi kita amat bimbang kerana ia mungkin akan mendorong golongan yang membantah untuk menyerang kumpulan ini," katanya.
Pihak polis sebelum ini mengharamkan semua aktiviti dalam program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa dianjurkan bagi mempromosikan kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.
Malah pihak polis turut mengambil keterangan empat individu termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga bagi membantu siasatan.
Ambiga sebelum ini turut mengesahkan bersetuju merasmikan program itu hari ini (Rabu) atas kapasiti peribadi.-SH
AS; SAH, ATAS NAMA HAK DAN KEBEBASAN BSERSUARA, ANWAR PERTAHANKAN APA YANG PENGANJUR CUBA LAKUKAN.
BAGI ANWAR GOLONGAN-GOLONGAN SEPERTI GAY, LESBIAN, BISEKSUAL, TRANSEKSUAL (LGBT) PERLU DIBERI RUANG UNTUK NYATAKAN HAK DAN APA YANG MEREKA MAHUKAN.
HANGPA NILAIKANLAH SENDIRI TINDAK-TANDUK BAKAL PM MALAYSIA NI.
No comments:
Post a Comment