11 Sebab Kenapa Jualan Akhbar Haramkah Merudum Teruk!

A.S kongsikan bersama luahan dari seorang penyokong tegar PAS yang dikenali sebagai H.S. didalam memberi pandangan berkenaan jualan akhbar harakah yang merudum jatuh teruk sejak kebelakangan ini.
Entry A.S berkenaan kemerosotan teruk jualan akhbar harakah dapat dibaca di SINI.


1.Lebih dari 70% isi kandungan Harakah kebanyakannya sudah dibaca di media lain.

2.Harakah sarat dengan bahan bacaan politik yang berat dan tidak semua khalayak pembaca boleh melayannya setiap minggu.

3.Harakah juga dipenuhi dengan iklan produk-produk yang pelbagai hingga kita terfikir, ini akhbar politik parti atau ianya akhbar jualan langsung syarikat swasta. Kalau nak buat iklan sekalipun, buatlah muka surat iklan yang khas macam The Star agar ia tidak menyemak di mukasurat lain. Kalau nak selit iklan pun, biarlah iklan yang penting. Yang kurang penting letak dalam ruangan iklan khas.

4.Harakah gagal berinteraksi dengan para pembaca kerana terlalu banyak berita bersifat nasional yang diulas oleh pimpinan Pusat sahaja. Hanya akhir-akhir ini terdapat sedikit perkembangan terhadap ruangan berita tempatan, tetapi itu pun masih bertiangkan pengaruh komen pimpinan utama. Sewajarnya Harakah jadi medan memperkenalkan pimpinan semua peringkat dan sebenarnya tugas ini telah diambil alih oleh Sinar Harian yang rajin membuat berita tempat dan promosikan pimpinan PAS yang duduk diperingkat bawah.

5.Harakah juga dilihat begitu suka memainkan berita-berita gosip dan isu dalaman parti. Malah dalam minggu ini sahaja, medium harakah termasuk Harakahdaily tidak henti-henti memuatkan komentar pimpinan dan pemerhati disana-sini tentang isu dalaman parti. Ulasan yang panjang dan tidak berhenti ini sebenarnya memenatkan dan menambahkan kebingungan Ahli. Pengalaman membaca akhbar milik Umno, mengajar saya bahawa isu dalaman akan mati dengan sendirinya bila media tidak lagi mengeluarkan berita itu. Begitulah yang Umno buat bila mereka ada krisis, mereka tutup berita isu dalaman dan ganti dengan isu-isu semasa lainnya. Tapi Harakah mengamalkan dasar terbuka dan pukul rata hingga berita lain yang lebih penting tidak mendapat tempat yang sewajarnya.

6.Harakah dilihat tidak begitu sensitif terhadap isu-isu masyarakat. Hanya bila ada kes besar barulah ia dimuatkan. Maka wartawan Harakah perlu bergaul dan mencari berita dalam masyarakat, bukan sekadar duduk dalam koloni PAS sahaja.

7.Harakah juga dilihat kurang mengeluarkan berita berfakta atau analisis yang mempunyai data statistik. Sebenarnya, fakta dan datalah yang menjadikan sebuah akhbar Politik seperti Harakah akan dihormati. Orang tertarik untuk membaca sekiranya berita yang dikeluarkan itu ada fakta yang mantap. Malah orang akan mengulang-ulang fakta itu dimasa hadapan.

9.Seterusnya, tidak banyak gambar-gambar menarik yang disiarkan dalam Harakah, mungkin kerana masalah kekurangan jurukamera yang pakar. Tapi tahukah anda bahawa gambar yang menarik mampu menyelesaikan 1000 persoalan yang timbul dalam minda pembaca.
Jika melihat kepada Harakahdaily pula, berita-beritanya lambat diupdate hinggakan ramai pembaca lebih suka melayari Malaysiakini, Tranungkite dan media alternatif lain yang lebih pantas. Maka keperluan maklumat pada kadar segera menjadi cabaran buat rangkaian harakah bersaing.

10.Bercakap soal TV Harakah, peranannya saya tidak perkecilkan. Tapi tahukah anda bahawa dari 100 pengguna Internet, kurang dari 10 orang yang sanggup menghabiskan masa melayari TV Harakah untuk melihat rakaman berita yang kebiasaannya audated. Perlu juga difahami bahawa kemampuan jalur lebar yang ada dalam negara masih dibawah tahap teknologi sedia ada. Jadi, pelayar Internet lebih suka membaca fakta dari melihat rakaman video yang merangkak-rangkak.

RUMUSAN DARI A.S

11.AKHIR SEKALI, HARAKAH MEMANG DILIHAT SANGAT TIDAK RELEVAN DI ZAMAN MASA KINI. HARAKAH HANYA LAYAK DIBUAT BUNGKUS NASI LEMAK SAHAJA. KANDUNGAN IKLAN YANG MEMAPARKAN UBAT KUAT DAN UBAT SEKS JUGA MEMBUATKAN PARA PEMBACA LAGI NAIK MELUAT DENGAN HARAKAH.

AKHBAR HARAKAH JUGA WAJAR DITAMATKAN PENGELUARANNYA MEMANDANGKAN SEKARANG DAH BANYAK PORTAL DAN BLOG PRO PAKATAN HARAM YANG MENGAMBIL ALIH PERANAN HARAKAH DALAM MENYEBARKAN FITNAH DAN MENYEMAI KEBENCIAN MASYARAKAT KEPADA KERAJAAN MEMERINTAH.


ITU PUN MASIH TAK JALAN NAMPAKNYA KERANA RAKYAT DAH BIJAK MENILAI MANA INTAN MANA KACA!

1 comment:

Anonymous said...

Lagi satu ubat tegang dalam harakah tak menjadi ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...