ADUN PAS Hilang Minat Jadi ADUN! Baru Hang Tau!


Selepas sepenggal menjadi wakil rakyat, Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed dari Pas menyatakan rasa kurang berminat dengan jawatan yang disandang sekarang.

Syed Hamid berkata, tugas menjadi seorang wakil rakyat bukann senang tetapi disebabkan tanggungjawab kepada parti dan rakyat beliau teruskan.
“Bukan senang kerja ini, tapi sebab tanggungjawab, saya terpaksa pikul, kerana amanah dosa dan pahala saya sanggup,” katanya.

Beliau juga secara peribadi berpendapat Pakatan Rakyat (PR) belum bersedia untuk menawan Pahang dalam PRU akan datang.

“Masih banyak kelompang yang perlu diambil kira Pas dan PR bagaimana untuk kita mengambil kelompang ini, jika kita berjaya, saya percaya PR akan berjaya menawan negeri ini.-SH

A.S nak kata, la ni baru hang tau langit tinggi ka rendah. Tu pun jangan! Orang nak jadi wakil rakyat, dia pun kalut mau jugak! Baru ujian sikit macam ni dah tunjuk nak mengalah.

Dulu masa terima untuk jadi calon tak mau pikir ini semua.
La ni baru tau susah ka senang jadi wakil rakyat..rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Jangan dok pandai berceramah saja..tapi habuk pun tadak.
Cakap semua orang boleh brcakap tapi nak laksanakan bukan semua orang boleh buat.

2 comments:

Anonymous said...

Tak pe lah ... sekurang-kurangnya YB ni belajar dari pengalaman.

Tapi ramai YB yg tak mahu balajar dari pengalaman ... nak kaut untung je ... Rakyat tak diutamakan.

YB BN pun ade yg hampeh.

Anonymous said...

tidak ada alasan untuk tidak berkhidmat..kalau nak cari pengalaman elok letak jawatan adakan prk baru..ini bukan masa nak berdrama..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...