A.S bawakan petikan dari artikel Hassan Omar, penulis PAS yang menyentuh tentang tindakan Hassan Ali kebelakangan ini.
Namun A.S tak berminat nak menyentuhnya untuk kali ini.
Apa yang A. S nak bangkitkan disini, ialah pemerhatian orang PAS sendiri mengakui bahawa mesyuarat Majlis Syura dibawah pimpinan Nik Aziz amat jarang sekali diadakan.
Camna Nik Aziz buat kerja ni? Apa yang dia buat selama ni dalam majlis syura?
Adakah dia tidak menunaikan amanah yang diberikan oleh ah liPAS?
Patutlah Ustaz Harun Din pun tenggelam sebab pengerusinya pun 'tidoq'.
Orang boleh memberikan alasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun tak hadir mesyuarat Masjlis Syura Ulama. 2 tahun menjadi pengerusi berapa kali TG Nik Abdul Aziz Hadir? dan berapa kali mesyuarat Majlis Syura diadakan?
Majlis Syura menjadi tak menentu. Kalau anda seorang ahli PAS yang prihatin yang mengikuti Muktamar PAS yang lalu dengan sepenuhnya bukan sekadar hadir dan menghabiskan masa minum di warung kopi berjumpa kawan anda akan sedar bahawa Haji Mohamad Sabu beberapa kali menyebut tentang memperkasa Majlis Syura.
Ucapan penanguhan Haji Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden juga masih lagi beliau sebut tentang memperkasa Majlis Syura Ulama. Ini bermakna Majlis Syura Ulama menghadapi banyak masalah kerana tidak ada mesyuarat dibuat.
Sekarang berapa kali Majlis Syura buat mesyuarat. Anda ahli PAS anda patut tahu.
No comments:
Post a Comment