Guan Eng Perlu Bertanggungjawab Atas Kegagalan Projek Letak Kereta

A.S KATA GUAN ENG JANGAN HANYA TAU MENYALAHKAN KERAJAAN PUSAT SAHAJA.

PROJEK INI DIBINA SEMASA KERAJAAN NEGERI DAPIG MEMERINTAH DAN DIBAWAH SELIAAN PDC (PENANG DEVELOPMENT CORPORATION) IAITU BADAN DI BAWAH KERAJAAN NEGERI.

MAKAN GAJI BUTA KE?


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab atas kegagalan projek bangunan letak kereta bertingkat-tingkat berharga RM5 juta yang terletak di kaki Bukit Bendera, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Dr Ng, yang menyuarakan kekecewaannya, menuntut jawapan daripada Lim, selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), agensi yang bertanggungjawab menguruskan projek itu yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan.

Jika mereka tidak boleh membina tempat letak kereta, apa lagi yang mereka boleh lakukan?" Dr Ng berkata Lim mesti memberi jawapan dan menegaskan bahawa peletakan jawatan seorang atau dua orang berhubung perkara itu tidak memadai.

Pada Sabtu, Lim dilaporkan berkata tempat letak kereta bertingkat-tingkat itu akan dirobohkan, direka semula dan dibina semula seperti yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.

Projek itu yang disiapkan pada Mac lepas, gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana rekaannya yang lemah.

Laporan menyebut bahawa pada 17 Nov, jawatankuasa siasatan yang dianggotai tiga orang mendapati arkitek dan juruperunding projek itu bertanggungjawab atas kelemahan reka bentuk tempat letak kereta itu.

Lim berkata pembinaan bangunan baru akan mengambil masa kira-kira 15 bulan untuk disiapkan membabitkan kos antara RM5.5 juta dan RM6.75 juta, dan selepas pembinaan semula itu, 112 petak meletak kereta sedia ada akan ditambah sehingga berjumlah lebih 300 petak.

Dr Ng, yang belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung perkara itu daripada kerajaan negeri, berkata kegagalan projek itu merupakan pembaziran dana awam.-BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...