Hangat! Gambar ADUN DAP India Dibakar!!


Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan demonstrasi di sini bagi mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R. S. N. Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A. Tanasekharan memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum India.

NGO terlibat iaitu Pertubuhan Naam Thamilan Malaysia, Klang Tamil Welfare Association dan Malaysia Tamil Students Progressive Association (MATSAP) dilihat mula berkumpul di Jalan Mohet di sini pada pukul 1 petang.

Kira-kira 15 barisan pimpinan gabungan itu turut membawa sepanduk tertulis 'Tahansekaran Pengkhianat' dan melaungkan perkataan 'Rayer Pengkhianat'.

Selang lima minit kemudian, gabungan NGO itu mula bertindak agresif dengan membakar gambar ADUN Seri Delima tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Naam Tahmilan Malaysia, G.Ramesh menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua ADUN DAP itu sebagai satu penghinaan kerana memberi anggapan masyarakat India sebagai pengemis.

Selain itu, Ramesh turut memberi tempoh selama 48 jam kepada kedua-dua pemimpin tersebut untuk memohon maaf secara terbuka seterusnya menarik balik kenyataan tersebut.

"Sekiranya mereka masih enggan memohon maaf selepas tempoh itu, kami akan terus mengadakan demonstrasi di seluruh negara termasuk di hadapan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 8 Disember lalu, sebuah portal berita propembangkang menyiarkan laporan yang memetik Rayer sebagai berkata, selepas DAP memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu di Pulau Pinang, P. Ramasamy telah 'merayu' untuk mendapatkan jawatan Timbalan Ketua Menteri II.

Ramesh mendakwa, perkataan 'merayu' yang digunakan oleh Rayer itu menggambarkan seolah-olah masyarakat India di negara ini sebagai seorang pengemis.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...