Seorang pengutip sampah terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang diletakkan di dalam kotak plastik di tapak pelupusan sampah Bukit Tajul, Banggol Judah, Machang, kira-kira jam 1.15 petang, semalam.
Rusmi Shafie, 30 berkata, mayat bayi tersebut dijumpai ketika dia bersama lapan rakan yang lain mencari bahan terpakai daripada timbunan sampah tersebut.
Katanya, sebaik sahaja sebuah lori sampah milik Majlis Daerah Machang masuk ke kawasan tersebut, dia dan rakannya terus mengerumuninya.
“Semasa sedang mencari barangan dalam longgokan sampah itu, saya menarik sebuah kotak plastik yang menyerupai beg lalu membukanya dan menemui baju kemeja T perempuan yang dipenuhi darah.
“Saya kemudian menarik kain batik perempuan yang diletak di sebelahnya dan ternampak telinga manusia. Saya terus menjerit dan memberitahu rakan-rakan namun mereka tidak percaya dan menganggap saya bergurau sehingga mereka melihatnya sendiri. Mayat bayi lelaki itu cukup sifat dan masih bertali pusat. Kami percaya ia baru sahaja meninggal dunia tidak lebihi 24 jam,” katanya.
Tambahnya, ini kali pertama dialaminya sejak mencari bahan terpakai di tapak pelupusan tersebut.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, mayat bayi tersebut yang ditemui dalam keadaan cukup sifat, dipercayai telah dibuang di salah sebuah tong sampah di kawasan Machang sebelum diangkut ke tapak pelupusan itu.
“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kes ini,” katanya.
Mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.
3 comments:
dekat negeri lain pun berlambak2 kes macam ni...jangan dituduh membabi buta...jika hendak didedahkan lakukan dengan telus...xusah ambil kira fahaman politik mana2 negeri..memang menjengkelkan bila terbaca artikel2 yang macam ni...memalukan...
cetek betul fikiran...x habis2 nk menyalahkan org lain..
ni nok ghoyak bui, kelate nga negeri lain srupo jaah, 2x5 jaaaah..tok soh duk prase ore kelate ni baik sgt....gedebe jaaah lebih
Post a Comment