KR1M.. Lagi Pakatan Haram hentam lagi laris jualan!

Usaha pembangkang hentam pi ..hentam mai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dalam usaha untuk menghakis keyakinan rakyat padanya nampaknya 'tak jalan'.

Sebaliknya ia terus mendapat sambutan hangat.Jualanya meningkat 15 peratus kebelakangan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara sinis betkata ini mungkin kerana KR1M mendapat publisti hari-hari - merujuk kepada kempen pembangkang hentamnya.

Bercakap kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan kementeriannya Selasa Ismail Sabri berkata rakyat masih percaya kepada KR1M sungguhpun isu penarikan balik 13 produk dari kedai itu cuba dipolitikkan parti pembangkang.

Beliau berkata ini terbukti apabila jualan di KR1M meningkat 15 peratus dalam kerancakan pembangkang cuba memburuk-burukkan produk yang dijual di kedai itu.

Ismail Sabri menjelaskan penarikan balik 13 produk KR1M tiada kaitan dengan isu keselamatan atau kebersihan makanan seperti yang digembar-gemburkan parti pembangkang.

"Sebaliknya penarikan balik itu adalah lebih kepada kesalahan pelabelan makanan dan komposisi di bawah peraturan-peraturan Makanan 1985," katanya.

Sebagai contoh, katanya produk minyak sapi dilabel sebagai "sebatian minyak sapi" tetapi pada label ramuan ditulis minyak kelapa sawit, sapi dan bahan perisa. Sepatutnya dia kena tulis sebatian minyak kelapa sawit dan sapi... tetapi dia tak berniat menipu sebab ramuan ada ditulis pada label," katanya.

Beliau berkata dua daripada 13 produk yang ditarik balik iaitu "ikan sardin dalam sos tomato"(komposisi) dan "krimer sejat" (dahulunya susu sejat) mula dipasarkan semula setelah pembetulan label dibuat.

"Baki produk yang ditarik balik juga akan mula dipasarkan semula dalam masa dua atau tiga minggu selepas pemeriksaan menyeluruh dibuat," katanya dan menambah kata bahawa 230 lagi produk KR1M berasaskan makanan telah dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk diuji.

Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan bahawa kesalahan pelabelan itu tidak disengajakan oleh syarikat pembekal yang terdiri daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan dan memberi jaminan kerajaan akan lebih berwaspada di masa hadapan.

Katanya pihak Kementerian Kesihatan juga telah memanggil 60 usahawan IKS terlibat untuk diberi taklimat, mengenai hal berkaitan pelabelan, tender serta piawaian kesihatan.

Beliau berkata kementerian telah menubuhkan unit pemantau khas dengan kerjasama Kementerian Kesihatan untuk memantau secara rambang produk makanan di semua kedai termasuk KR1M seluruh negara.-Agendadaily

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kerajaan menemui juga jalan penyelesaian terhadap setiap kenaikan harga barang2 asas yang melampau2 kebanyakan didalangi pembangkang. KR1M bukan sahaja murah malah rakyat boleh bernafas lega kerana ada alternatif untuk berbelanja bg mendapat keperluan harian. terima kasih KERAJAAN BN kerana usaha kerajaan sedia ada memungkin KR1M terhasil. teruskan berkhidmat kepada rakyat. terima kasih sekali lagi.sure pembangkang sekarang ni panas buntut la ye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...