A.S TAK TERKEJUT MEMBACA PENDEDAHAN PAHANG-DAILY SEPERTI DIBAWAH YANG MENYATAKAN RAMAI ORANG KUAT PAS DAPAT PROJEK DARI LYNAS NIH.
PUAK-PUAK HIPOKRIT NI SANGGUP BERMUKA-MUKA DAN BUAT APA SAJA PUN DEMI UNTUK MENGAUT HARTA KEKAYAAN. KALAU MEREKA DAPAT PEGANG PUTRAJAYA (NAUZUBILLAH), ALAMATNYA RAYA SAKAN LA PUAK-PUAK NI.
INI JELAS MENUNJUKKAN, DUIT PUNYA PASAL, PEJUANGAN PUN ENTAH KE MANA. SEMUA PERJUANGAN YANG DIPAMERKAN SELAMA INI ADALAH LAKONAN DAN RETORIK SEMATA. MEMENUHI TEMBOLOK SENDIRI ADALAH KEUTAMAAN BAGI PENGANUT HAMPAS. DUK ASYIK TUDING JARI KAT ORANG LAIN, DIRI MEREKA PUN TAK SEBAGUS MANA.
BUKAN DALAM KONTEKS PROJEK LYNAS SAHAJA, RAMAI PUAK HAMPAS DAN PEMBANGKANG MENYAPU PROJEK DARI KERAJAAN DAN GLC, NAMUN PADA MASA SAMA, MEREKA MENGHENTAM KERAJAAN SAMPAI TAK CUKUP TANAH.
MEREKA PERTIKAIKAN SISTEM AGIHAN DAN PEMBERIAN TENDER KERAJAAN, TAPI DALAM SENYAP-SENYAP, MEREKALAH YANG BANYAK HABISKAN DUIT KERAJAAN DENGAN MENYAPU KE DALAM POKET MEREKA. DASAR KUFUR NIKMAT DAN TIDAK RETI BERSYUKUR, BEGITULAH CIRI-CIRINYA.
ITULAH PAS!
Ramai pihak yang terkejut dengan pendedahan tentang penglibatan beberapa orang kuat PAS Pahang dengan syarikat kontroversi Lynas Corporation. Biar pun isu itu dianggap kecil bagi sesetengah pihak dalam parti PAS, namun sebenarnya tindakan ini sukar untuk diterima oleh majoriti yang lain terutamanya mereka yang membantah pembinaan kilang memproses rare-earth di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini.
Soalnya sekarang, kenapa ada pula pihak yang menyokong tindakan ahli-ahli terbabit?. Malah mereka memberikan berbagai hujjah untuk menghalalkan tindakan tersebut. Bagi mereka "tidak menjadi masalah" kepada mana-mana ahli PAS yang berkerja atau mendapat kontrak (projek) dengan Lynas kerana itu adalah hak masing-masing (profesionalisme kerja).
Namun, mereka lupa bahawa PAS secara rasmi menentang Lynas malah mahu kerajaan membatalkan operasi syarikat tersebut demi keselamatan rakyat. Malah, NGO seperti Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Barisan Bertindak Anti Rare Earth Refinary (BADAR), Stop Lynas Coalition (SLC) dan sebagainya secara jelas membantah projek berkenaan.
Tambahan pula, dalam NGO terbabit terdapat ramai ahli serta pemimpin PAS yang berjuang habis-habisan menentang Lynas. Tapi, tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan penglibatan ahli PAS sendiri dengan projek itu. Kontrak jutaan ringgit diperolehi oleh mereka untuk tempoh lima tahun jelas sekali membuktikan mereka tidak langsung "peka" dengan isu bantahan Lynas oleh parti mereka sendiri. Alasan pihak berkenaan, mereka memang menentang Lynas tetapi terpaksa mengambil projek dengan syarikat terbabit untuk mencari dana bagi membantu parti dan menentang syarikat terbabit. Maknanya, duit yang diperolehi disalurkan kepada parti PAS untuk "melawan Lynas" semula.
Atas alasan, jika mereka tidak ambil projek itu maka pasti ada pihak lain yang akan mengambilnya. Begitu mudah alasan dangkal yang mereka berikan untuk mengesahkan tindakan tersebut. Sedangkan, mereka sendiri tahu orang lain bersusah payah berjuang menentang Lynas tiba-tiba mereka "senang-senang" kaut untung lumayan. Apakah adil untuk rakyat agaknya?.
Apakah jika mereka tidak ambil projek dengan Lynas syarikat mereka akan "lingkup". Berapa ribu yang dihulurkan kepada perjuangan menentang Lynas daripada jutaaan ringgit yang diperolehi daripada kontrak tersebut?. Kenapa mereka "sanggup khianat" kepada rakyat?
No comments:
Post a Comment