PAS Gagal Buktikan Mereka Mampu Memerintah Negeri! Kalih Buang!


Pas sewajarnya melaksanakan 10 agenda utama parti itu di kedua-dua negeri yang diperintah iaitu Kelantan dan Kedah terlebih dahulu, sebelum dilaksanakan di peringkat nasional.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, berda­sarkan 21 tahun tempoh pemerintahan Pas di Kelantan, jelas me­nunjukkan masalah bertambah dalam keperluan asas iaitu isu bekalan air dan juga masalah ekonomi.

Menurutnya, Pas tidak teliti dan menghalusi setiap agenda mereka dan hasrat mereka tidak akan kesampaian memandangkan mereka gagal dalam peme­rintahan sekarang.

“Bagaimana Pas boleh berkata demikian sedangkan kedua-dua negeri mereka itu tidak mencapai tahap negeri maju. Mereka tidak ada rekod yang baik sepanjang mentadbir negeri-negeri tersebut.

“Inilah janji palsu yang ditabur Pas ditambah agenda mereka sedangkan kerajaan Bari­san Nasional (BN) sudah terbukti berjaya dalam melaksanakan setiap agen­da sejak dulu lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sama ada mene­rusi konsep Negara Berkebajikan mahupun Buku Jingga, itulah angan kosong mereka untuk terus memperdaya rakyat.

“Hasrat itu sebaiknya dilunaskan di dua negeri tersebut sebelum mahu mentadbir negara. Agenda BN sudah terbukti terbaik memandangkan pelbagai perubahan negara dilaksanakan dengan jayanya.

“Dengan pelaksanaan Wawasan 2020, pelbagai dasar transformasi seperti transformasi luar bandar, transformasi sosial serta agenda antarabangsa yang melibatkan PBB, OIC, APEC dan juga Asean, kerajaan sekarang sudah berjaya dengan membuktikannya kepada rakyat.

“Dua negeri juga sudah dinaik taraf sebagai negeri maju iaitu Melaka dan Selangor sebelum diperintah pembangkang. Lain-lain negeri bakal menyusul dalam masa lapan hingga sembilan tahun lagi. Ia bukan sahaja sudah dijayakan de­ngan baik malah sudah membuahkan hasil seperti ekonomi negara ini yang semakin maju, perpaduan serta mencapai negara yang aman,” katanya.

Katanya, semua ini membuktikan kejayaan diraih kerajaan BN berbanding agenda Pas yang tidak punya matlamat.

“Banyak pembaharuan telah dilakukan termasuklah dari segi pendidikan, keselamatan dan juga kesihatan. Saya tidak nampak di mana hebatnya agenda yang dikatakan Pas,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...