Sadis! Pas Akui Hanya Bina Sebuah Masjid Di Kelantan Sejak Lebih 20 Tahun Lalu

Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat.

"Masjid Jubli Perak atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, Pas tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.

Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.

Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Perak yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu.-Bernama

1 comment:

rahman said...

20 tahun perintah kelantan hanya satu masjid jer dibina?.. tapi apa pun ada jugak bina dan menjadi kemegahan nike ajis... kita tunggu pulak kat pulau pinang yang diperintah oleh khalifah biawak lim guan eng, berapa puluh pulak masjid yang dibina di negeri itu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...