Tahnial la A.S ucapkan untuk apek. Tapi apek ni kira spceial la di mata pok nik. Player Kelate macam Nor Shahrul Idlan Talaha nampaknya menggigit jari je lah seolah-olah dia dipinggirkan.
Bagi A.S, kalau nak bagi, biar semua yang layak dapat sepetutnya dapat. Jangan pilih bulu sebab apek ni glamer Pok Nik. Ni duit rakyat, kena kasi adil la.
Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.
Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.
“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.
“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.
1 comment:
Satu soalan nak tanya, rumah ni ada paip air dan air bersih sekali tak? Bukan apa, dlm paper hari ni ada remaja umur 15 tahun di Kelantan mati kena timbus dengan tanah masa nak pasang paip air. Sudahlah tak dapat air bersih, nyawa pula yg jadi galang ganti. RM600 juta duit air pergi kemana? Tak takut seksa kubur ke?
Post a Comment