Apa Hubungan DS Rosmah Dengan Shah Rezza?

Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia berkata, Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa.

 Menjawab soalan yang dikemukakan oleh Malaysiakini, Datuk Raja Rezza berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London.

 Ditanya jika pakaian berkenaan termasuk pembelian daripada Rosmah, Raja Rezza berkata: "Ya, ini adalah stok bagi kedai saya di London yang akan menjadi platform kepada pereka daripada pelbagai latar bangsa dan agama dari seluruh dunia."

 Raja Rezza, yang ketika ini berada di luar negara untuk mempromosikan Festival Fesyen Islam berkata bahawa beliau sedih kerana “aktiviti positif seumpama itu telah dimanipulasi secara negatif".MK

ULASAN A.S: WAHAI JUAK PAKATAN HARAM, LAIN KALI SEBELUM NAK SERBU TAK KETAHUAN, SIASAT DENGAN TELITI TERLEBIH DAHULU.
SAH MEMBUKTIKAN JUAK PAKATAN MEMANG KAKI NISTA DAN DUSTA!


JANGAN NAK MENONONG FITNAH JE, SIA-SIA SAJA BUAT DOSA,
CARI KAK MAH, MINTA AMPUN DENGAN DIA.. 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...