Azmin Cuba Fitnah Hassan, Kain Gengnya Sendiri Yang Akan terselak!


Dr Hasan Ali cabar Azmin Ali membuat repot polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.
Hassan Ali sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kononnya kini berada dalam tangan Pakatan Haram. 
Semua ni hanyalah ugutan balas dan fitnah murahan dari Azmin dan pakatan haram yang panas punggung tak tahan diserang hari hari oleh Hassan berkenaan kepincangan pentadbiran dan parti mereka.
Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dari orang dalam pakatan haram sendiri. 
Sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik. Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.
Nampak jelas, pakatan haram perangainya memang busuk sekali. Apabila kelemahan dan kepincangan mereka didedahkan, mereka sangat terdesak hingga  sanggup mengada-adakan cerita dan memfitnah orang yang pernah bersama dengan mereka suatu masa dahulu. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...