Din Binjai Makin Botak! 300K Beb!


Mahkamah Rayuan Rabu mengesahkan satu keputusan yang memerintahkan seorang blogger penyokong Pakatan Rakyat (PR) membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel.
Hakim Datuk Jefrey Tan Kok Wha, yang mengetuai tiga panel hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan blogger, Amizudin Ahmat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.
Hakim Tan yang mendengar rayuan itu bersama Hakim-Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa blogger itu bertanggungjawab kerana memfitnah berhubung artikel terhadap menteri itu.
Sambil membacakan sebab-sebab yang panjang lebar, Hakim Tan berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung jumlah ganti rugi RM300,000 yang diberikan kepada menteri.
Beliau berkata ia mungkin kelihatan jumlah itu adalah tinggi dan itu merupakan tanggapan pertama mahkamah.
"Tapi sebaliknya bahawa responden (Rais) merupakan seorang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat, manakala dakwaan itu adalah begitu rendah dan keji, oleh itu, kami dapati kuantum RM300,000 bukanlah satu jumlah yang tinggi," katanya.
Bagaimanapun, korum dalam menolak rayuan itu, mengurangkan kos perundangan yang perlu dibayar oleh blogger itu kepada menteri daripada RM100,000 kepada RM50,000 kerana mereka dapati ia adalah tinggi.
Beliau juga berkata mahkamah secara total bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pembelaan mengenai justifikasi penerbitan oleh blogger itu tidak direka dalam kes ini.
Hakim Tan berkata penerbitan artikel itu bukan pembelaan dan kebenaran mengenai dakwaan rogol.
"Satu-satunya kebenaran adalah mengenai siasatan terhadap rogol tetapi bukan kebenaran mengenai rogol," katanya.
Panel hakim membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan peguam Rais, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan R Sivarasa yang mewakili blogger itu.
Pada 19 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan seorang blogger membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel.
Hakim Zabariah berkata bahawa setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.
Pada Januari tahun lepas, Rais, 69, menyaman Amizudin, yang juga anggota exco pemuda Parti Keadilan Rakyat, kerana memfitnah beliau menerusi satu artikel yang tersiar dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis tahun lepas.
Dalam samannya itu, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.
Seorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya dilaporkan telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu.

1 comment:

Dot said...

AS,

Alhamdulillah...terkantoi jugak seorang penfitnah tegar!

ds rais berhak mendapat keADILAan ini spt mana pembesar dlm pembangkang! tp ds rais bukan serupa perangai pembesar mrk tuh!! jauh sekali nak jd pemberontak mcm jagoan jalanan!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...