Malik Kassim Nak Wayang Pun Agak-Agak La..


Dalam pengisytiharan harta main 'wayang' yang dilakukan oleh Ketua Menteri, TKM dan exco-exco kerajaan negeri Pulau Pinang semalam, A.S yakin rakyat tak mudah terpedaya dengan helah mainan politik mereka yang mengisytiharkan hanya harta yang dimiliki mereka.

A.S tak berminat nak sentuh tentang YB lain yang mana sememangnya kesemuanya boleh diragui pengisytiharan mereka dan nampak sangat tak logik, cuma A.S lebih tertarik dengan pengisytiharan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal pengguna, YB Malik Kassim.

Menurut apa yang diisytiharkan, Malik hanya mempunyai 2 jenis harta iaitu Proton Tiara bernilai RM 36,000 dan Honda CRV 2.0 bernilai RM 130,000.
Yang lain-lainya tidak dinyatakan langsung.
Ataupun mungkin semuanya diatas nama isteri atau ahli keluarganya? Hebat gitu!

Hah!, hangpa percaya tak? Rakyat tak bodoh la...

Takkanlah tiada simpanan tunai, ASB, hartanah,saham ataupun harta lain?
Nampak sangat tak logiknya!
Inikan dinamakan CAT?
Atau 'CAT' wayang saja nak tunjuk bagus??

3 comments:

TENGGARAisSOUTHEAST said...

CAT tu singkatan dari Caterpilar. Mesin ni bukan kata bukit, gunung pun habis dibahamnya.

Anonymous said...

mahal nya tiara dia?...apasal tiara mak den 3k jer...

Anonymous said...

ni bukan CAT..tapi cat yg malu-malu kucing..membujur lalu ,melintang patah,...meowww..meowww

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...