Penang Makin Hebat Di Bawah Guan Eng! Kasino Haram Bercambah-Cambah (Pics)



Sebuah mini kasino yang beroperasi lima kilometer dari kaki bukit Mount Erskine di sini berjaya dihidu polis hasil penangkapan 25 lelaki dalam serbuan 'Ops Dadu' di sini semalam.

Polis turut merampas wang di meja judi sebanyak RM250 dan wang tunai RM27,670 bersama kesemua mereka yang ditahan serta peralatan judi jenis 'york' dan dadu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, operasi dijalankan mulai pukul 3 petang, diketuai Asisten Supritendan Fauzi Md. Yusuf bersama tujuh pegawai dan 15 anggota Cawangan Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) serta Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Beliau berkata, ketika diserbu, kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun sedang leka berjudi di sebuah khemah yang dibina dalam kawasan hutan.

"Polis berjaya menyerbu kasino itu kira-kira pukul 8.30 malam kerana mengambil masa kira-kira lima jam untuk mengepung kawasan puncak bukit terbabit. Malah kami turut dihalang lebih tujuh tonto di setiap persimpangan jalan.

"Ketika serbuan, mereka sedang leka berjudi dan ada yang cuba untuk meloloskan diri, namun gagal kerana polis telah mengepung kawasan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kong Meng berkata, siasatan awal mendapati mini kasino itu baru sahaja beroperasi sejak tiga hari lalu.

Menurutnya lagi, setiap pertaruhan judi itu mengambil masa selama 45 minit dengan kadar pertaruhan RM100,000 hingga RM150,000. Bagi pertaruhan individu pula, kadar pertaruhan minimum RM10 dan maksimum RM1,000 setiap permainan.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada lokasi perjudian itu dijalankan di atas tanah sewa atau haram termasuk punca bekalan api dan air yang digunakan mereka.

Tambah Kong Meng, kesemua mereka kini ditahan reman dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...